Lebih 3,000 Saman VEP Dikeluarkan Terhadap Pemandu Singapura

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 3,148 saman dengan kutipan mencecah hampir RM1 juta kepada pemilik kenderaan dari Singapura yang tidak memiliki Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) ke negara ini selepas peraturan itu dikuatkuasakan bermula Julai lalu.
VEP ialah sistem pengesahan kemasukan wajib untuk semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia, yang memerlukan pendaftaran secara dalam talian melalui portal VEP dan pemasangan tag RFID VEP pada kenderaan terbabit.
Memetik kenyataan Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata jumlah itu direkodkan sehingga Ahad lalu dengan setiap saman RM300 perlu dibayar sebelum kenderaan dibenar keluar melepasi sempadan negara.

Seperti mana diketahui, pemandu Singapura wajib memasang sistem VEP pada kenderaan bagi meningkatkan keselamatan sempadan, memudahkan pengumpulan data dan membolehkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang jalan raya ke atas kenderaan mereka.
"Berdasarkan statistik rasmi, jumlah kutipan hasil daripada saman itu mencecah RM944,400 dengan nilai setiap saman ditetapkan RM300.
"Sebenarnya VEP ini satu sistem penting bagi menjamin keselamatan jalan raya dan mengelak penyalahgunaan kenderaan asing di negara ini.
"Ini kerana pihak berkuasa Malaysia boleh memantau kenderaan asing, meningkatkan keselamatan dan menguruskan saman lalu lintas sepanjang mereka berada di negara ini, malah kita akan terus meningkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa," katanya kepada Berita Harian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Berita Terkini
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge