- Berita
- Kereta Baru
- Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!
Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!

Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia telah mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT yang lebih sporty, dengan harga bermula daripada RM115,000.
-full_normal.jpg)
Ora Good Cat yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2022, merupakan antara hatchback elektrik terawal di negara ini. Reka bentuk retro modennya, jarak pemanduan yang jauh, serta ciri-ciri premium yang disematkan pada model ini menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pengguna EV terawal.. Versi facelift ini mengekalkan daya tarikan tersebut dengan beberapa penambahbaikan termasuk sentuhan rekaan yang lebih segar.
Menurut GWM, perubahan terbesar terletak pada penggunaan bateri LFP 57.7 kWj yang kini dibekalkan oleh SVOLT, menggantikan unit CATL sebelum ini. Dengan bateri kali ini, jarak pemanduan mampu mencapai sehingga 480 km mengikut piawaian NEDC, manakala pengecasannya kekal pada kapasiti AC 6.6 kW dan DC 60 kW. Motor elektrik yang dipasang di hadapan masih menghasilkan kuasa 141 hp dan tork 210 Nm.
Bahagian dalam kabin pula masih mengekalkan skrin infotainmen berukuran 10.25 inci, kerusi berbalut kulit sintetik, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, kamera 360 darjah serta sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan aplikasi My GWM. Bagaimanapun, model kali ini menggunakan tuil penukar gear baharu di sebalik stereng, menggantikan tombol putar yang digunakan sebelum ini.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Varian agresif, GT, pula menawarkan prestasi lebih tinggi dengan output 168 hp dan tork 250 Nm, lengkap dengan sistem Launch Control bagi kuasa pecutan yang lebih ‘mengejutkan’. Jarak pemanduan GT adalah sekitar 460 km. Bateri yang digunakan bagaimanapun masih sama dengan versi standard, tetapi dengan jangkaan jarak EV lebih rendah iaitu 460 km (NEDC).
Secara visual, varian GT tampil dengan bampar depan lebih agresif, kaliper brek kuning, rim aloi eksklusif dan spoiler belakang. Bukan hanya di luar, aura sporty turut terserlah di dalam kabin dengan penggunaan kerusi sport yang diberikan jahitan kuning dan kemasan suede.
Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, kehadiran Ora Good Cat dan varian GT memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan tempatan untuk menikmati pengalaman EV yang lebih menarik dan memuaskan. Dengan momentum pasaran EV yang semakin rancak, kemunculan model ini akan menambah warna dalam persaingan kenderaan elektrik di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge