Proton Sales City Centre Pertama Negara Dibuka Di Bukit Jalil – Imersif & Moden

Jaya Johan Sdn Bhd, syarikat pengedaran Proton yang telah menerima pelbagai anugerah, telah melakar sejarah dengan pembukaan Proton Sales City Centre pertama di negara ini, sebuah bilik pameran generasi baharu dan pusat pengalaman jenama Proton yang serba moden.


Terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pusat jualan ini bukan sekadar sebuah pusat 1S biasa kerana ia direka khas untuk mempamerkan model-model terkini Proton di samping teknologi canggih di dalam sebuah ruang baharu yang segar dan mesra pelanggan. Di sini, orang ramai diberi peluang untuk memandu uji semua model Proton serta meneroka sejarah dan visi masa depan syarikat dalam suasana yang imersif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Atiara Johan, Eric Moo menyatakan, “Proton Sales City Centre menjadi tempat pertama untuk merasai kenderaan terbaru dan inovasi canggih dari Proton. Pelanggan dapat menikmati minuman sambil meninjau jenama itu dalam suasana yang menarik, serta memanfaatkan promosi pelancaran, kemudahan tukar beli dan pelan pembiayaan. Ia bukan sekadar pusat pameran, tetapi juga menghubungkan pelanggan dengan perjalanan Proton ke arah pengeluar automotif bertaraf dunia.”
Eric Moo menambah, “Kami mengalu-alukan kehadiran pelanggan dari seluruh negara untuk merasai pengalaman pusat ini. Setiap pembelian kenderaan akan disokong sepenuhnya oleh pusat 3S kami yang terletak berdekatan.”
Pembukaan Proton Sales City Centre ini mengukuhkan kedudukan Jaya Johan sebagai salah satu pengedar Proton terbaik di Malaysia. Pusat-pusat 3S di bawah pengurusan syarikat sama telah pernah menerima penarafahan 5 bintang daripada Proton.

Untuk mengunjugi pusat jualan terbaru ini, anda boleh ke D-1-1, Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pusat ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 010-9097239.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9385
SELANGOR
BST4705
JOHOR
JD6472J
PULAU PINANG
PSF3445
PERAK
APL2673
PAHANG
CFH6337
KEDAH
KGH8774
NEGERI SEMBILAN
NEL7048
KOTA KINABALU
SJT9135
KUCHING
QAB5215P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
