ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Puspakom Nafi Hanya Tumpu Kepada Brek, Pemeriksaan Menyeluruh Ikut Standard Antarabangsa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

download---2025-10-01T104221.671.jpeg

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menafikan dakwaan bahawa tumpuan hanya diberikan terhadap sistem brek semasa pemeriksaan kenderaan. Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahaman menegaskan kenderaan berat menjalani pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh merangkumi pelbagai sistem kritikal mengikut piawaian antarabangsa.


Menurut Mahmood, pemeriksaan Puspakom bukan hanya melibatkan brek tetapi turut meliputi pemeriksaan tayar, casis, enjin, pelepasan asap, suspensi, stereng, lampu dan cermin kenderaan. Semua kenderaan komersial dan perkhidmatan awam diperiksa setiap enam bulan mengikut peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan piawaian Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE) yang diiktiraf di seluruh dunia.


Mahmood menjawab dakwaan yang timbul selepas insiden kemalangan di plaza tol Bukit Kajang yang menyatakan pemeriksaan kenderaan hanya fokus pada sistem brek yang mungkin menyebabkan berlakunya banyak insiden melibatkan kenderaan berat.


Kemalangan Berlaku Bukan 100% Berpunca Daripada Sistem Kenderaan


OPSKHASGEMPURJPJWPKL007_preview.jpg


Beliau menekankan bahawa walaupun kenderaan telah diberikan kelulusan selepas pemeriksaan, faktor luaran dan operasi seperti terlebih muatan, pengagihan muatan tidak seimbang, keadaan laluan yang tidak elok, cuaca ekstrem, penyelenggaraan yang tidak sempurna dan kehausan komponen juga boleh menjadi punca insiden. 


Mahmood menegaskan bahawa mematuhi aspek teknikal sahaja tidak cukup untuk menjamin keselamatan berterusan. Penyelenggaraan berkala dan amalan bertanggungjawab oleh pemilik kenderaan selepas keluar dari pusat pemeriksaan amat penting.


Kecekapan Pemandu Perlu Dititikberatkan


Untitled-design---2025-10-01T104128.176.png


Selain itu, kecekapan pemandu juga merupakan elemen penting dalam menentukan tahap keselamatan. Ini meliputi proses pengambilan yang ketat, kelayakan lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan latihan berterusan untuk memastikan pemandu sentiasa berada pada tahap kompetensi yang tinggi.


Pengendali armada memainkan peranan utama dalam memastikan pemandu disaring dengan teliti, diurus secara berhemah dan dipantau secara berterusan sepanjang tempoh mereka berkhidmat.


Untitled-design---2025-10-01T104450.253.png


Kemahiran untuk memandu secara defensif sangat ditekankan terutamanya bagi pemandu kenderaan berat. Mereka perlu dilatih untuk menganggarkan risiko bahaya, mengawal kelajuan ketika menuruni cerun, mengekalkan jarak selamat dan mengendalikan keadaan kecemasan menggunakan teknik seperti brek enjin, pemilihan gear serta teknik pemanduan terkawal, ujar Mahmood. 

Baca: Lulus Puspakom Dengan Tayar Sewa, JPJ Perhati, Sitaan Menanti

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5010

SELANGOR

BSU3506

JOHOR

JF5246J

PULAU PINANG

PSG3242

PERAK

APM1549

PAHANG

CFH9853

KEDAH

KGJ4161

NEGERI SEMBILAN

NEM2451

KOTA KINABALU

SJU5018

KUCHING

QAB7418P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

08-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.