SAIC IM LS9 Didedah Di China, Mampu Capai Gerak 1,500KM

IM Motors mengumumkan bahawa pra-jualan untuk SUV elektrik enam tempat duduk, IM LS9 sudah pun dibuka di China memandangkan pelancaran rasminya akan berlangsung pada hujung tahun ini.
Model LS9 memperkenalkan casis digital baharu IM, Lizard Digital Chassis 3.0, dan dilengkapi sensor lidar 520-line untuk semua varian selain digabungkan dengan sistem “Stellar” EREV powertrain.
Dalam mod elektrik sepenuhnya (EV), LS9 menawarkan jarak pemanduan sehingga 402 km (kitaran CLTC).
Dari segi reka bentuk, LS9 menampilkan profil bersegi, dengan lampu utama berbentuk L yang dihubungkan oleh jalur lampu LED melintang di bahagian depan, serta gril bawah yang disepadukan dalam rekaan hadapan tertutup.
Kelengkapan lain ialah ia hadir dengan pemegang pintu jenis tersembunyi, rekaan rim gaya “armour”, dan pilihan saiz roda antara 20 hingga 22 inci.
Terdapat juga angkup brek Brembo namun ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
Dari segi kejuruteraan, LS9 dibina di atas platform Lizard Digital Chassis 3.0 yang membolehkan pusingan empat roda dua hala sehingga 24°.
Ia turut dilengkapi sistem suspensi udara dua ruang dengan julat pelarasan 150 mm, serta sistem closed-stroke untuk keselesaan dan kestabilan pemanduan yang lebih baik.
SUV ini berukuran 5,279 mm panjang, 2,000 mm lebar, dan 1,806 mm tinggi, dengan jarak roda 3,160 mm. Ia seberat 2,695 kg.
Mengenai trenkuasa, semua kuasanya disalurkan melalui sistem “Stellar” range-extender IM Motors, yang menggunakan enjin Zephyr 1.5T.


Sistem ini disokong oleh dua motor elektrik iaitu 160 kW di hadapan dan 230 kW di belakang dimana ia mendapat tenaga daripada bateri berkapasiti 65.9 kWh 800V Freevoy Super Hybrid keluaran CATL.
Untuk itu, model ini mampu menawarkan jarak maksimum sehingga 1,500 km, manakala kelajuan tertinggi pula 220 km/j.

Ia mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 2.81 literuntuk 100 km. Sistem pengecasan pantas mampu menambah 310 km jarak pemanduan dalam hanya 15 minit.
Bagaimanapun, bahagian kabinnya masih belum didedahkan. Namun IM Motors mengesahkan bahawa model ini akan hadir dengan sistem audio Bang & Olufsen serta kerusi dengan urutan mekanikal 4D.
Ditubuhkan pada tahun 2020, IM Motors ialah usaha sama antara SAIC, Alibaba, dan Shanghai Zhangjiang Hi-Tech Park, dan kini muncul sebagai salah satu syarikat EV paling berinovatif di China.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY352
SELANGOR
BSU9632
JOHOR
JH2571J
PULAU PINANG
PSH3441
PERAK
APM8489
PAHANG
CFJ3812
KEDAH
KGJ7704
NEGERI SEMBILAN
NEM5592
KOTA KINABALU
SJV1353
KUCHING
QAB9780P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.
28-07-2025
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge