Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!

Menjelang kemunculan rasmi Porsche Cayenne Electric (Cayenne EV) yang dijangka bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi, Porsche mendedahkan platform dan teknologi bateri yang bakal disematkan pada SUV elektrik terbarunya itu.
Teknologi Bateri Yang Lebih Canggih
Cayenne EV disahkan akan dibina di atas Premium Platform Electric (PPE) yang telah dipertingkat. Platform ini yang turut digunakan pada Macan Electric, menampilkan sistem elektrik 800 volt yang terkenal dengan keupayaan pengecasan berkepantasan tinggi.
Model ini menggunakan bateri Lithium-ion berkapasiti tinggi, 113 kWj, yang diintegrasikan ke dalam struktur lantai kenderaan dan terdiri daripada enam modul yang boleh ditukar ganti, merangkumi 192 sel kantung (pouch cells) bersaiz besar. Pek bateri dilindungi oleh struktur aluminium yang direka khas untuk menyerap tenaga hentaman secara terarah (targeted energy absorption manner) jika berlaku kemalangan.



Porsche mendakwa terdapat peningkatan sebanyak 12% dalam kecekapan pembungkusan antara sel dan perumah bateri berbanding bateri Taycan generasi kedua, yang menyumbang kepada penjimatan berat dan reka bentuk yang lebih padat.
Sel bateri yang digunakan dalam Cayenne EV terdiri daripada bahan anod silikon-grafit dan katod nikel-mangan-kobalt-aluminium (NMCA). Kandungan nikel yang tinggi sehingga 86% menjadikan tahap ketumpatan tenaganya tinggi. Penggunaan silikon pada anod pula berfungsi meningkatkan keupayaan pengecasan pantas.
Secara keseluruhannya, Porsche yakin pek bateri Cayenne EV dengan kapasiti 113 kWj ini mampu menawarkan julat pemanduan gabungan WLTP "melebihi 600 km". Laporan dari wartawan Amerika yang berpeluang memandu model prototaip awal mendedahkan mereka berjaya mencatatkan perjalanan sejauh 563 km dengan sekali cas. Bagaimanapun, dalam ujian tersebut, kelajuan dihadkan pada 113 km/j.
Pengecasan Sepantas 16 Minit



Sistem 800 volt membolehkan Cayenne EV menerima input pengecasan pantas DC setinggi 400 kW. Keupayaan luar biasa ini diterjemahkan kepada masa pengecasan yang singkat, di mana hanya dalam masa 16 minit, bateri boleh dicas dari 10% ke 80%. Dedah Porsche, dengan hanya 10 minit pengecasan, mampu menambah jarak perjalanan sehingga 300 km!
Porsche turut menekankan bahawa kadar pengecasan kekal konsisten antara 350 hingga 400 kW sehingga kira-kira 50% tahap cas (SoC). Ini bermakna Cayenne EV mampu mengekalkan kuasa pengecasan yang tinggi untuk tempoh masa yang lebih lama, ciri yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan EV lain.
Sistem pengecasan optimum ini boleh dicapai walaupun pada suhu bateri serendah 15 darjah Celsius, bermaksud ia mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca dunia sebenar. Ini juga bermakna bahawa di pasaran yang hanya mempunyai stesen 400 volt, Cayenne EV masih boleh mencapai kelajuan pengecasan DC sehingga 200 kW tanpa memerlukan booster tambahan.
Pengurusan Haba Pintar Untuk Memanjangkan Hayat Bateri



Untuk memastikan bateri beroperasi dalam julat suhu optimum, Porsche melengkapkan Cayenne EV dengan sistem penyejukan yang mengawal suhu bateri dari atas dan bawah.
Kapasiti penyejukan ini bersamaan dengan kira-kira 100 peti sejuk rumah yang bersaiz besar. Selain itu, buat pertama kalinya, ia menggunakan kipas tekanan yang cekap tenaga, yang 15% lebih efisien berbanding kipas sedutan konvensional.
Sistem terma ini dikendalikan oleh teknologi baharu Predictive Thermal Management yang menghubungkan litar penyejukan dan pemanasan kenderaan. Sistem ini sentiasa menguruskan suhu bateri berdasarkan persekitaran dan profil pemanduan bagi memastikan bateri kekal pada suhu terbaik. Sistem ini berfungsi bersama-sama dengan ciri Charging Planner yang dipertingkatkan.
Dunia EV berkembang dengan begitu pantas, dari waktu cas yang berjam lamanya kini hanya beberapa minit, dari jarak EV yang sangat terhad kepada jarak yang cukup jauh, agaknya apakah lagi ciri luar biasa lain yang masih disembunyikan Porsche untuk model ini? Nantikan perkembangannya yang akan kami kongsikan dari masa ke masa di CarzAutomedia.
Baca: Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF3447
SELANGOR
BSR4610
JOHOR
J4295J
PULAU PINANG
PSD6194
PERAK
APJ6733
PAHANG
CFH1022
KEDAH
KGG9158
NEGERI SEMBILAN
NEK8526
KOTA KINABALU
SJS9307
KUCHING
QAB1664P
Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!
Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!
20-11-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Berita Terkini
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
