Tesla Model Y ‘Standard’ Bakal Dilancarkan? – Cubaan Bersaing Dengan Model Mampu Milik China
-full_normal.jpg)
Model Y ‘Standard’ dikesan berdekatan Tesla Giga Texas (Foto: Ryan Mable via Twitter/X)
Tesla dijangka akan memperkenalkan varian 'Standard' bagi Model Y setelah varian asas SUV elektrik itu baru-baru ini telah dikesan ‘berlegar’ berdekatan kilang Tesla Giga Texas di Amerika Syarikat oleh seorang pengguna Twitter/X Ryan Mable.
Rekaan Lebih Ringkas
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Foto: Ryan Mable via Twitter/X
Difahamkan, Model Y ‘Standard’ diberikan sentuhan yang lebih ringkas jika dibandingkan dengan varian Juniper sedia ada. Salah satu perbezaannya ialah ketiadaan bar lampu LED di bahagian hadapan selain menggunakan rim bersaiz 18 inci yang lebih kecil. Model yang dikesan itu juga dilihat hanya menggunakan cat putih.


Tesla Model Y 'Juniper' di Malaysia
Ruang kabinnya juga sama ringkasnya dengan sentuhan luaran, akaun Twitter/X The Tesla Newswire mendedahkan maklumat lanjut mengenai bahagian dalaman versi Standard yang dikatakan hadir dengan bumbung kaca yang tertutup tanpa panorama, tempat duduk berbalut fabrik dan hanya satu skrin sentuh berukuran 15.4 inci di hadapan. Berbeza dengan varian lebih tinggi, tiada skrin khas untuk penumpang belakang selain ruang but yang lebih kecil.
Spesifikasi Teknikal
Sementara itu, pengguna lain Twitter/X dengan nama akaun Green, berkongsi bahawa varian dengan kod nama E41 ini menggunakan bumbung yang diperbuat daripada gentian kaca ringkas dan hadir dengan dua pilihan audio.
Beberapa ciri seperti sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan sistem pemanasan kamera undur tidak disediakan pada model ini. Selain itu, versi Standard ini juga akan ditawarkan dalam pilihan kuasa pacuan roda belakang (RWD) atau pacuan semua roda (AWD) dengan sistem suspensi yang telah dipertingkat.
Teaser Didedahkan
Tesla turut mengeluarkan dua video teaser di laman Twitter/X rasminya yang dipercayai berkaitan pelancaran varian ini. Video pertama memaparkan roda yang berputar diikuti tarikh "10/7", manakala video kedua memaparkan lampu hadapan model ini yang ‘menegaskan’ ketiadaan bar lampu LED di tengah bonet depan.
Persaingan Dalam Pasaran EV SUV Mampu Milik
Kemunculan varian asas ini dilihat strategik untuk menembusi segmen SUV elektrik mampu milik yang kini dibanjiri oleh model-model keluaran China. Ini mungkin menjadi ‘senjata rahsia’ Tesla untuk terus relevan di pasaran tempatan dan peringkat global.
Baca: Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge