Tol Tanpa Palang Bakal Jadi Realiti, STAR Systems & Touch 'n Go Mulakan Ujian
-full_normal.jpg)
Projek Multi-Lane Fast Flow (MLFF) atau sistem tol tanpa palang kini sudah mula diuji di Plaza Tol Alam Impian di Lebuhraya Kesas (LKSA). Ini disahkan sendiri oleh STAR Systems International (SSI), syarikat global yang membangunkan teknologi tol terkini, yang memaklumkan bahawa percubaan tersebut sedang berjalan dengan lancar dalam keadaan trafik sebenar.
SSI bekerjasama dengan Touch ’n Go dan SIDRA untuk menghasilkan sistem MLFF yang canggih ini di Kuala Lumpur. Projek ini menandakan langkah besar ke arah menggantikan plaza tol tradisional dengan sistem tol automatik tanpa sentuhan dan berkelajuan tinggi di Malaysia.
Teknologi Yang Digunakan Dalam Sistem MLFF
Komponen utama sistem ini ialah pembaca Titan Pro dan antena Avior ciptaan SSI yang direka khusus untuk operasi berkelajuan dan berketepatan tinggi. Dipasang pada gantri sedia ada, ia berjalan secara automatik bersama sistem tol biasa, dengan kadar pengesanan kenderaan 100% dan bacaan tag yang 99.98% lebih tepat dalam situasi sebenar.

SIDRA mengintegrasikan perkakasan SSI dengan kamera pengimbas plat nombor automatik dan sensor 3D LiDAR dalam platform PARSEC mereka, menghasilkan sistem responsif yang mampu mengendalikan pergerakan kenderaan yang kompleks dengan ketepatan luar biasa.
Pengalaman Sistem Tol Masa Depan
-full_normal.jpg)
Ketua Pegawai Teknologi SSI, Stephen Lockhart berkata, sistem Titan Pro dan Avior dibina khusus untuk persekitaran tol banyak lorong berkelajuan tinggi yang memerlukan ketepatan dan kebolehpercayaan tertinggi.
Jelasnya, "Dengan gabungan PARSEC dari SIDRA, kami berjaya membina satu sistem tol yang memiliki tahap keterhubungan dan prestasi tinggi.”
Projek kerjasama dengan Touch ’n Go ini membuktikan teknologi tol terkini mampu dipadankan dengan ekosistem pembayaran tanpa tunai Malaysia, meningkatkan kecekapan dan kemudahan pengguna jalan raya.
Dengan kejayaan ujian di Kuala Lumpur, ujian rintis MLFF SSI meletakkan standard baharu bagi sistem tol generasi akan datang di Asia Tenggara, membuktikan transformasi sistem lama ke teknologi moden dapat dilakukan dengan lancar dan perjalanan tanpa palang kini bakal menjadi realiti tidak lama lagi.
Baca: Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6357
SELANGOR
BSR7090
JOHOR
JA5082J
PULAU PINANG
PSD9358
PERAK
APJ9570
PAHANG
CFH2061
KEDAH
KGH1740
NEGERI SEMBILAN
NEK9653
KOTA KINABALU
SJT1527
KUCHING
QAB2242P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat