2 Taman RV Terawal Malaysia Diuji – KPKT Rancang Perluas Infrastruktur

Susulan pengumuman Kementerian Pengangkutan (MOT) yang membenarkan rakyat Malaysia menyewa dan memandu kenderaan rekreasi (RV) atau karavan secara sah mulai 1 Januari 2026, tanpa berlengah, kerajaan kini sedang berusaha untuk memperluaskan infrastruktur sokongan di serata Malaysia.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata beberapa bukti konsep taman RV sedang diuji bagi memperhalusi garis panduan perancangan yang baru sahaja diluluskan, ekoran minat orang ramai terhadap percutian RV yang semakin meningkat.
Garis panduan yang disokong Jemaah Menteri dan diluluskan pada Oktober 2024 itu, menyediakan rujukan seragam bagi pemaju, pengendali dan pihak berkuasa tempatan. Ia merangkumi semua aspek penting, termasuk syarat perancangan, standard operasi dan kemudahan asas yang wajib disediakan.
Di Manakah Lokasi Taman RV Terawal Malaysia?
Dua taman rintis telah pun dibuka, iaitu di:
- Pantai Hiburan, Rompin
- Pantai Bagan Lalang, Sepang
Tiga lagi tapak sedang dalam perancangan fasa seterusnya, yang bertempat di lokasi berikut:
- Pantai Cahaya di Port Dickson
- Taman Tasik Seremban di Negeri Sembilan
- Pantai Teluk Marina di Kemaman, Terengganu
Apakah Yang Menjadi Faktor Pertimbangan KPKT Dalam Pemilihan Tapak RV?
Datuk Aiman Athirah menjelaskan bahawa kementeriannya telah bekerjasama rapat dengan Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia bagi memastikan garis panduan yang diwujudkan memenuhi keperluan pengguna, termasuk saiz petak atau plot yang sesuai dan ciri-ciri keselamatan yang terjamin. Pemilihan lokasi tapak pula memberi tumpuan utama kepada aspek kebolehcapaian dan tahap risiko keselamatan.
Beliau menambah, usaha memperluas pelancongan RV ini memerlukan kerjasama pelbagai agensi, bukan hanya KPKT. Ini termasuklah kerjasama dengan MOT, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Sumber: MalayMail
Baca: Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
