Auto Guangzhou 2025: Chery iCar V27 Didedah, Jarak Gerak 1,000KM

Chery iCar V27 REEV yang mampu bergerak sejauh 1,000 kilometer (km) didedahkan pada pameran Auto Guangzhou 2025 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China, baru-baru ini.
Model ini yang akan dijual sekitar 200,000 yuan dan 300,000 yuan (RM116,657 hingga RM174,986) dijangka memasuki pasaran China selewat-lewatnya suku pertama tahun depan.

Menjengah luarannya, iCar V27 menampilkan rekaan gril yang kecil selain diapit dengan lampu hadapan berbentuk segi empat dengan lampu signatur berbentuk bulat. Ia juga hadir dengan sentuhan lasak di mana bahagian bamparnya dipadankan dengan plat berwarna perak.

Dari segi saiz, V27 berukuran 4,909 mm panjang dengan jarak roda 2,910 mm, 1,967 mm lebar dan 1,855 mm tinggi.
Sementara itu, melihat kabinnya pula, iCar V27 mengekalkan rekaan dalaman “berorientasikan keluarga”. Ia hadir dengan skrin sesentuh tengah jenis terapung, pad pengecasan tanpa wayar pada perehat tangan tengah, ada tombol pemilih mod pemanduan, serta beberapa butang fizikal.

Apa yang menarik, skrin sesentuh tersebut berfungsi sebagai satu-satunya skrin yang menggabungkan instrumen pemandu. Model ini yang menawarkan tiga tempat duduk dilengkapi dengan saluran pengghawa dingin yang khusus untuk penumpang belakang.
Mengenai trenkuasa, iCar V27 digabungkan dengan enjin petrol turbo 1.5 liter yang menghasilkan kuasa setakat 105 kW (140 PS) dengan motor elektrik. Sumber melaporkan pilihan pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD) tersedia, dengan varian AWD menawarkan kuasa puncak 335 kW (449 PS).
Chery mendakwa iCar V27 mampu menawarkan jarak gerak elektrik sehingga 200 km dan jika menggunakan petrol serta elektrik, jentera ini boleh bergerak lebih 1,000 km.

Beberapa laporan tempatan di China melaporkan varian lebih premium akan hadir dengan penderia LiDAR serta cip Horizon Robotics kelas atasan, sekali gus membolehkan keupayaan pemanduan sendiri.
Ada kemungkinan, model ini juga akan dibawa masuk ke Malaysia. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5658
SELANGOR
BSR5062
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6757
PERAK
APJ7309
PAHANG
CFH1267
KEDAH
KGG9522
NEGERI SEMBILAN
NEK8723
KOTA KINABALU
SJS9761
KUCHING
QAB1761P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"
iCaur ‘menggoda’ peminat automotif dengan imej acah SUV terbarunya, iCar V27.
20-05-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Rekaan EV Leapmotor A10 Didedahkan Menjelang Kemunculan Rasmi Di Auto Guangzhou 2025
Leapmotor A10 serba baharu telah didedahkan di China secara dalam talian menjelang penampilan global pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2025 hujung minggu ini.
19-11-2025
Berita Terkini
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
