Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
-full_normal.jpg)
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025. Model ini merupakan model pertama yang dibangunkan di atas platform global baharu Leapmotor, iaitu platform A.
A10 dijangka memasuki pasaran China pada separuh pertama tahun 2026, dengan harga yang disasarkan bermula lebih rendah daripada RMB100,000 (kira-kira RM58,000). Harga ini meletakkannya sebagai pesaing kepada BYD Atto 2 dalam segmen EV peringkat permulaan.
Reka Bentuk Bergaya & Penggunaan Ruang yang Dimaksimumkan
-full_normal.jpg)
Walaupun bersaiz kompak, A10 direka untuk mencabar persepsi bahawa kereta kecil perlu berkompromi dari segi ruang, teknologi atau ciri premium.
Berdiri pada ukuran lebih 4,200 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,600 mm tinggi, dengan jarak roda melebihi 2,600 mm. Walaupun dimensinya hampir menyamai BYD Atto 2, A10 menonjol kerana penggunaan ruang kabinnya yang tinggi, mencecah 88.1%.
-full_normal.jpg)
Secara visual, model ini diberikan sentuhan bahasa rekaan terbaru Leapmotor dengan penggunaan pemegang pintu jenis terbenam dan tiang tingkap hitam untuk kesan bumbung terapung.
Selain itu, model ini dipasangkan dengan lampu depan LED tiga segmen, saluran udara yang berfungsi, lampu belakang dengan rekaan unik berbentuk wajah tersenyum dan bonet berkepanjangan 1,133 mm.
-full_normal.jpg)
Aksen luaran lain seperti pemegang pintu separa tersembunyi, tiang tingkap yang dihitamkan, dan kesan bumbung terapung, selaras dengan bahasa reka bentuk terkini Leapmotor. Ia dilengkapi dengan rim aloi 18 inci dan enam pilihan warna luaran.
Kecanggihan Dalam Segenap Sudut
Dibina di atas platform LEAP terkini, A10 menyokong bantuan pemandu dari pintu ke pintu (door-to-door driver assistance), kemas kini over-the-air (OTA) seluruh kenderaan dan kokpit yang dipacu teknol kecerdasan buatan (AI).
Sistem infotainmennya dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295P sementara sistem bantuan pemanduannya dikuasakan oleh platform Snapdragon 8650.
A10 turut dilengkapi dengan sensor LiDAR yang dipasang di bumbung dan enam lampu penunjuk biru pada badan kereta yang mendedahkan status pengaktifan sistem ADAS.
Jarak Cecah 500 KM
-full_normal.jpg)
Dari segi prestasi, A10 menggunakan bateri LFP berketumpatan tinggi yang menawarkan jarak perjalanan elektrik sehingga 500 km mengikut kitaran CLTC. Pengecasan pantas membolehkan pek bateri dicas daripada 30% kepada 80% dalam masa sepantas 16 minit, menambah jarak perjalanan kira-kira 250 km.
Kemungkinan CKD Di Malaysia
Leapmotor meletakkan A10 sebagai "SUV pintar premium jarak jauh" yang menyasarkan pembeli yang mencari kenderaan kedua yang mampu milik, namun lengkap dengan pelbagai ciri canggih, serta pembeli yang ingin beralih kepada EV buat pertama kali.
Model yang dibangunkan dengan sokongan Stellantis ini akan dilancarkan secara rasmi di China sebelum dibawa masuk ke pasaran global lain.
-full_normal.jpg)
Di Malaysia, Leapmotor sudah diwakili oleh model segmen D C10, manakala segmen C B10 baru sahaja dibuka untuk tempahan pada anggaran harga RM110,000. Walau bagaimanapun, jenama ini masih belum menyerlahkan kuasa tarikannya di pasaran tempatan.
Situasi ini mungkin akan berubah melihatkan daripada usaha agresif Leapmotor Malaysia untuk memperluaskan produknya. A10 mempunyai peluang cerah untuk tiba seawal 2026, berkemungkinan sebagai model yang dipasang secara tempatan (CKD) bagi melayakkan diri mendapat insentif cukai EV. Sekiranya diperkenalkan, ia akan memasuki segmen EV kompak yang kini sengit, bersaingan dengan model seperti BYD Atto 2, Proton e.MAS 5 dan Perodua QV-E yang akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025
Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
16-12-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.
09-10-2025
Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K
Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.
24-09-2025
Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10
Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.
27-08-2025
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat