Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
-full_normal.jpg)
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025. Model ini ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula daripada RMB309,800 (kira-kira RM180,000) untuk varian Max hingga MB329,800 (kira-kira RM190,000) untuk varian Ultra.
Harga yang diumumkan ini lebih murah berbanding X9 versi bateri elektrik (BEV) yang dijual di China pada RMB359,800 (kira-kira RM210,000).
Sistem Super Elektrik Kunpeng
-full_normal.jpg)
X9 EREV merupakan model Xpeng pertama yang dilengkapi dengan Sistem Super Elektrik Kunpeng. Di masa hadapan, syarikat ini dilaporkan akan memperkenalkan varian EREV bagi model-modelnya yang lain termasuk SUV G7, SUV G6 dan sedan P7+.
Dikuasakan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 63.3 kWj oleh CALB, X9 EREV menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 452 km. Ditambah dengan tangki bahan api berkapasiti 60 liter, MPV ini mampu mencapai jarak keseluruhan sehingga 1,602 km berdasarkan standard CLTC. Xpeng mendakwa bahawa kenderaan ini dapat beroperasi dengan sistem elektrik sepenuhnya dalam 90% situasi pemanduan harian.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sistem ini dibina menggunakan binaan elektrikal bervoltan tinggi, 800V, dan menyokong pengecasan pantas 5C, membolehkan jarak ditambahkan kepada sehingga 313 km dalam masa hanya 10 minit.
Enjin 1.5T penggerak jarak jauh memberikan kuasa 110 kW (148 hp) dengan kecekapan terma 43.06%, manakala motor pacuan roda belakang menghasilkan kuasa 210 kW (281 HP) dan tork 465 Nm. Gabungan sistem ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa 8 saat.
Rekaan Luaran & Kabin X9 EREV
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
X9 EREV memiliki panjang 5,316 mm, lebar 1,988 mm, tinggi 1,785 mm, serta jarak roda 3,160 mm. Sama seperti BEV tetapi lebih panjang.
Bahagian hadapan X9 EREV diperbaharui dengan komponen ambilan yang lebih besar serta dua saluran penyejukan berasingan. Rekaan lampu nyalaan siang yang melintang panjang di sudut depan serta warna baharu, hijau Aurora Green menyerlahkan gaya unik MPV ini. Rekaan bumbung berkonsep ‘terapung’ pula dicapai dengan tiang A, B, C dan D yang ‘tersembunyi’.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Memasuki ruang kabin, terserlah aura mewah dan kecanggihan X9. Ia lengkap dengan unit infotainmen pusat bersaiz 17.3 inci, paparan instrumen digital 10.25 inci dan papar pandu (HUD) 21 inci yang jelas.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Barisan kedua dimuatkan dengan dua tempat duduk jenis graviti sifar dan skrin yang dipasang di bumbung, bersaiz 21.4 inci. Barisan ketiga pula diberikan tempat duduk dengan penyandar boleh laras serta boleh dilipat rata di samping fungsi flip-and-stow (lipat dan simpan) dengan pembahagian 4/6.
Teknologi Pintar & Keselamatan Canggih
-full_normal.jpg)
Kokpit pintar X9 EREV menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8295P. Varian Max menggunakan satu cip AI Turing dengan keupayaan 750 trilion operasi setiap saat (TOPS), manakala varian Ultra menampilkan tiga cip dengan kuasa lebih tinggi, 2,250 TOPS, yang menjadikan keseluruhan sistem kenderaan lebih canggih termasuk bantuan pemandu, infotainmen dan sistem kokpit pintar “Starship Universe”.
Struktur kenderaan diperkuatkan dengan teknologi die-cast depan dan belakang, keluli ‘kebal’ yang mampu menahan tekanan hingga 2,000 MPa. Selain itu, kenderaan ini juga memiliki kekakuan tork sebanyak 46,000 N·m/deg yang menjamin kestabilan badan kenderaan. Untuk melindungi penumpang, ia dilengkapi dengan sembilan beg udara.
Dengan harga yang kompetitif, jarak perjalanan yang jauh, kehadiran sistem pengecasan pantas dan teknologi bantuan pemanduan maju, X9 EREV cukup menyerlah dalam lambakan model yang wujud di pasaran.
Namun, persoalannya adakah X9 EREV akan muncul dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) lebih-lebih lagi untuk pasaran Malaysia, memandangkan pengecualian cukai untuk BEV bakal berakhir tidak lama lagi. Melihatkan daripada sejarah Xpeng yang tidak berlengah untuk menghasilkan versi RHD, kami tidak menolak kemungkinan model ini akan dibawa masuk ke negara kita tidak lama lagi.
Baca: Spesifikasi Xpeng X9 Ultra – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1770
SELANGOR
BSN9721
JOHOR
JYU4091
PULAU PINANG
PSB2554
PERAK
APG4835
PAHANG
CFG1470
KEDAH
KGF1819
NEGERI SEMBILAN
NEJ9756
KOTA KINABALU
SJR2749
KUCHING
QAB5236N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat