- Berita
- Kereta Baru
- Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900
Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900


Selain Mazda BT-50 3.0T 4WD High Plus 2025, Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Untuk makluman anda, model ini ditawarkan dalam dua versi iaitu sedan dan hatchback (liftback).
Varian baharu ini yang merupakan versi import sepenuhnya (CBU), dijual pada harga RM118,900 untuk kedua-dua versi sedan dan hatchback namun harga itu tidak termasuk insurans dan kos di jalan raya.


Malah, harga tersebut turut terdiri daripada waranti komprehensif 5 tahun atau 100,000 KM selain pakej penyelenggaraan secara percuma.
Bagi yang tidak tahu, versi aras kemasukan yang diperbaharui iaitu Mazda 3 ini sebenarnya menggantikan varian 1.5 Mid sebelum ini yang tidak dilengkapi dengan pelbagai ciri.
Walaupun menawarkan lebih banyak ciri, varian 1.5 High Plus baharu ini hadir ditawarkan pada harga agak rendah berbanding varian 1.5 Mid terdahulu yang dijual pada harga RM149,320.

Selain itu, bagi yang berminat tempahan untuk varian ini sudah dibuka oleh BAuto sejak Jun tahun ini. Apa yang menarik, varian 1.5 High Plus ini hadir dengan pelbagai ciri, terutamanya dari segi ciri keselamatan i-Activesense ADAS jenama Mazda.
Antaranya seperti Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan Cruising & Traffic Support (CTS), Smart Brake Support (SBS), Amaran dan bantuan kekal lorong (LDWS & LAS), Amaran lintasan trafik hadapan dan belakang (FCTA & RCTA), Pemantau titik buta (BSM) Lampu hadapan adaptif (AFS) dan kawalan lampu tinggi automatik (HBC).
Selain itu, fungsi keselamatan lain termasuk sembilan beg udara, fungsi Auto Hold, ABS dengan EBD dan BA, serta sistem kawalan kestabilan dan cengkaman (DSC & TCS).
Dari segi mekanikal, varian ini masih menggunakan enjin enjin petrol 1.5-liter Skyactiv-G 4-silinder suntikan terus dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 118 hp dan 153 Nm. Kesmeua kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive.

Menjengah b bahagian kabin, kedua-dua versi sedan dan hatchback menerima tahap kelengkapan yang sama. Misalnya, tempat duduk pemandu boleh laras elektrik dengan fungsi memori,nkawalan suhu dua zon automatik dengan corong udara belakang, kerusi kulit premium, Brek parkir elektronik (EPB) dan penukar gear pada stereng (paddle shifters).


Malah, terdapat juga skrin infotainmen 10.25 inci dengan arahan suara, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem audio 8 pembesar suara. Ia turut dilengkapi dengan skrin instrumen TFT warna penuh 7 inci, dan paparan kepala (HUD).
Tidak ketinggalan, dua port pengecasan USB-C, kamera undur, pad pengecas tanpa wayar, serta sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula enjin, disertakan sistem G-Vectoring Control Plus yang meningkatkan pengalaman pemanduan.


Perbezaan utama antara dua versi ini hanyalah pada kapasiti ruang but 444 liter untuk sedan dan 295 liter untuk hatchback serta warna dalaman dimana versi sedan tampil dengan tema hitam, manakala hatchback hadir dengan warna burgundy yang lebih menyerlah.
Ia hadir dengan tujuh pilihan warna luaran, termasuk warna ikonik Mazda, Soul Red Crystal.

Walaupun pasaran segmen ini agak perlahan kebelakangan ini, adakah anda fikir Mazda 3 baharu ini mampu menambat hati pembeli berbanding pesaing seperti Honda Civic dan Toyota Corolla? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY2714
SELANGOR
BSJ9448
JOHOR
JYK6420
PULAU PINANG
PRV4761
PERAK
APC3577
PAHANG
CFD9937
KEDAH
KGC8702
NEGERI SEMBILAN
NEH5402
KOTA KINABALU
SJN5586
KUCHING
QAB4801M
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.02
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.22
+0.07
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Mazda 3 2023 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM156K
Bermaz Motor, telah secara rasmi mengumumkan ketersediaan model Mazda 3 terbaru. Ini spesifikasinya...
11-10-2023
Mazda 3 Dikemaskini, Harga Naik RM5K – Teknologi, Kelengkapan & Ciri Keselamatan Baharu
Sedan dan hatchback Mazda 3 dikemaskini dengan beberapa ciri baharu. Jom baca kupasannya...
20-09-2023
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K
Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.
31-03-2023
Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.
03-06-2025
Berita Terkini
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.
05-11-2025
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.
05-11-2025
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000
Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.
05-11-2025
Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900
Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
05-11-2025
EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800
Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
30-10-2025
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat