ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Veloz Hybrid (HEV) yang merupakan  model hibrid Toyota ketiga dan dibangunkan sendiri di Indonesia turut dilancarkan pada  ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai model ini masih belum didedahkan namun beberapa laman berita di Indonesia mendedahkan bahawa model ini menggunakan trenkuasa sama  seperti model Vios (Yaris Ativ) HEV dan Yaris Cross HEV.

image.png

Jadi, ini bermakna  MPV crossover tiga baris tempat duduk ini menggunakan enjin petrol 1.5-liter 4-silinder yang dipadankan dengan motor elektrik dan bateri kompak 0.7 kWh. Untuk itu, ia mampu  menghasilkan kuasa keseluruhan setakat 111 PS. 

Tidak ketinggalan, ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik E-CVT Toyota.

Laman berita secara dalam talian di Indonesia turut melaporkan bahawa varian  tertinggi hadir dengan pakej ADAS TSS (Toyota Safety Sense) daripada pengeluar tersebut.

image.png

Selain itu, tidak banyak butiran yang  diketahui teruatama dari segi spesifikasinya.

Begitupun,  varian hibrid baharu ini dijangka hampir menyerupai kembarnya yang bukan hibrid dari segi pelbagai aspek.

Mengenai harga, Toyota menawarkan harga istimewa kepada pembeli awal sehingga hujung tahun ini dimana harga  Veloz Hybrid baharu dijual pada harga  299 juta Rupiah (RM74,533) untuk gred V, 335 juta Rupiah (RM83,507) untuk gred Q, 350 juta Rupiah (RM87,246) untuk gred Q Modellista, dan 390 juta Rupiah (RM97,217) untuk gred Q TSS Modellista.

Harga ini menjadikan MPV crossover tiga baris berasaskan DNGA yang kini elektrifikasi ini lebih murah berbanding crossover kompak Yaris Cross Hybrid yang ditawarkan pada harga  437 juta Rupiah (RM108,933).

image.png

Sejurus  pelancarannya di Indonesia, ada kemungkinan besar Toyota Veloz HEV ini akan  menembusi pasaran Malaysia. Pada masa ini, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menawarkan tiga model HEV elektrifikasi iaitu Camry, Innova Zenix dan Corolla Cross.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6230

SELANGOR

BSU3687

JOHOR

JF5842J

PULAU PINANG

PSG3654

PERAK

APM1847

PAHANG

CFJ509

KEDAH

KGJ4374

NEGERI SEMBILAN

NEM2549

KOTA KINABALU

SJU5166

KUCHING

QAB7445P

Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025
Global

14-10-2025
Global

11-09-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.