ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Malaysia, DENZA  jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia, melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia ,BYD Tech Discovery Day semalam.

Acara bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, BYD Tech Discovery itu berlangsung  bermula dari hari ini hingga 16 November ini  di  Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.

image.png

Acara yang merupakan teknologi mobiliti elektrik pertama di Malaysia yang bertujuan memberi inspirasi kepada pemandu, peminat kenderaan elektrik (EV), dan rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk menerokai generasi baharu teknologi pintar dan mobiliti lestari. 

Dari teknologi perintis seperti Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah kepada sistem pintar yang mentakrifkan semula prestasi serta keselesaan, BYD terus mendahului dalam membentuk masa depan yang lebih bersih dan pintar untuk semua.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia mengunjungi acara kerana anda boleh merasai sendiri semangat dan inovasi di sebalik teknologi mereka.

image.png

"Acara ini menyediakan pameran  Blade Battery dan e-Platform 3.0 hinggalah ke DiSus Intelligent Body Control System serta pelbagai sistem pintar lain.

"Kami memikul tanggungjawab besar untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai masa depan mobiliti selain memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan potensi, keterujaan, dan visi global dalam usaha mengurangkan suhu bumi sebanyak 1 darjah,'" katanya.

image.png

"Jelajah BYD Tech Discovery ini adalah cara kami berkongsi perjalanan tersebut bersama rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar pameran, tetapi detik penting dalam gerakan nasional menuju masa depan yang lebih bersih dan mampan," katanya.

Pada acara itu, pelbagai aktiviti disediakan seperti sesi pandu uji barisan model BYD dan Denza, pameran teknologi elektrik, cabutan bertuah dan banyak lagi.

image.png

Malah, para pengunjung boleh terus membuat tempahan  BYD M6, BYD ATTO 3 ULTRA, atau BYD SEALION 7 yang menawarkan penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000. Terdapat juga tawaran -in termasuk rebat sehingga RM11,000 bagi BYD ATTO 2 dan BYD SEAL baharu, atau rebat RM15,000 / pembiayaan tanpa faedah (0%) untuk DENZA D9.

image.png

Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.