- Berita
- Berita Auto
- MOT Adakan Mesyuarat Bincang 3 Insiden: Limpahan Air Di KLIA 1, Letupan Kontena, Tren Terlajak
MOT Adakan Mesyuarat Bincang 3 Insiden: Limpahan Air Di KLIA 1, Letupan Kontena, Tren Terlajak

Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membincangkan secara terperinci tiga insiden yang berlaku baru baru ini.
Tiga kejadian itu adalah limpahan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dan tren terlajak di Stesen Keretapi Butterworth.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, limpahan air hujan di Terminal 1 KLIA berlaku ketika kerja-kerja kalis air (waterproofing) dijalankan di bumbung utama bangunan terminal.

Projek itu dijalankan oleh kontraktor Teras Budi Resources Sdn Bhd di bawah kontrak bernilai RM5.27 juta dengan tempoh kontrak dari 15 April 2025 hingga 14 April 2026.

Susulan kejadian tersebut, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengeluarkan arahan henti kerja (stop-work order) bagi membolehkan siasatan dalaman dilaksanakan dan tindakan pembetulan diambil serta-merta.
"Saya turut mengarahkan MAHB untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor di atas kecuaian yang menyebabkan insiden tersebut.
Mengenai kejadian letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pula, beliau berkata, letupan itu berlaku di atas sebuah kapal ketika kerja pemunggahan dijalankan pada 7 November lalu.
Kejadian itu mengakibatkan tiga kematian dan tiga lagi cedera.

"Pasukan petugas akan meneliti keseluruhan aspek operasi, pematuhan keselamatan serta mekanisme pengendalian kargo berbahaya.
"Sementara itu, pada 8 November, satu set tren komuter kosong telah terlajak hingga hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth.
"Pasukan petugas akan menilai punca insiden serta keperluan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk itu, MOT menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor dan insiden tren komuter terlajak di Stesen Butterworth, Pulau Pinang.
Penubuhan dua pasukan itu ditubuhkan bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.
25-02-2026
Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan
Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.
03-02-2026
Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak
Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.
27-01-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat