Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit


Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
Kedua-dua model ini diperkenalkan semasa Pameran Automotif CMTA 2025 yang berlangsung di ibu negara Sri Lanka, Colombo. Pelancarannya dilakukan oleh Unimo Enterprises Ltd, pengimport rasmi yang juga anak syarikat kepada United Motors Lanka PLC, sebuah konglomerat automotif besar di negara tersebut.

Biarpun, Perodua sudah bertapak di Sri Lanka hampir tiga dekad, ini merupakan kali pertama kedua-dua model berasaskan platform DNGA Ativa dan Myvi generasi ketiga (facelift terbaru) diperkenalkan secara rasmi di pasaran itu. Menariknya, Myvi dilancarkan dengan dua varian.
Untuk makluman, Perodua Ativa 1.0 AV yang ditawarkan dalam satu varian dijual pada harga Rs. 10,850,000, RM149,056 manakala Perodua Myvi pula hadir dalam dua varian dijual pada harga 1.3 G 13,450,000 (~RM185,000) dan 1.5 H berharga Rs. 14,950,000 (RM205,000).

Jika dibandingkan dengan harga di Malaysia, berikut adalah perinciaannya:
- Ativa 1.0 AV bermula dari RM72,600
- Myvi 1.3 G (tanpa PSDA) berharga RM46,500,
- Myvi 1.5 H berharga RM54,900.
Dari segi spesifikasi teknikal, kesemua model yang dijual di Sri Lanka sebenarnya sama sahaja dengan versi di Malaysia.
Namun, harga yang tinggi adalah akibat kadar tukaran mata wang serta struktur cukai import kenderaan yang sangat tinggi di Sri Lanka.
Bagaimanapun, pembeli di sana menerima jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km, sesuai dengan harga “premium” yang dikenakan.


Apapun, pihak Unimo Enterprises Ltd kekal optimistik terhadap potensi jualan kedua-dua model baharu ini memandangkan jenama Perodua sudah mencatat lebih 17,000 unit terjual di bawah pengedaran Unimo setakat ini.
Dalam tempoh 6 hingga 7 bulan sejak larangan import ditarik balik, syarikat itu juga telah berjaya menjual lebih daripada 1,000 unit pelbagai model Perodua di seluruh Sri Lanka termasuk Axia, Bezza, dan Aruz.
Dengan kemasukan Ativa dan Myvi, Unimo menjangkakan lonjakan jualan yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba
Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.
22-04-2026
Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak
Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.
23-09-2025
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge