Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman jualan dan selepas jualan pelanggan di negeri tersebut.
Cawangan baharu EAM Mitsubishi Motors kini terletak di lokasi strategik beralamat No. 1, Jalan Autocity 3, Melaka Autocity, Hang Tuah Jaya, 76100, Durian Tunggal, Melaka.
Perkhidmatan Yang Komprehensif

Lokasi baharu yang berkeluasan mencecah 7,465 kaki persegi ini menawarkan perkhidmatan yang komprehensif sebagai sebuah Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di bawah identiti jenama terkini MMM.
Untuk perkhidmatan servis yang lebih pantas, ia dilengkapi dengan 10 ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik Mitsubishi yang terlatih.
Kemudahan yang disediakan termasuk kawasan menunggu yang selesa, Wi-Fi percuma dan ruang permainan khas untuk kanak-kanak, selain ruang khas untuk penyerahan kenderaan. Sementara itu, ruang pamerannya mampu memuatkan sehingga enam unit kenderaan.
Melaka Pasaran Utama Triton & Xpander
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Takashi Sakamaki, menekankan kepentingan Melaka dalam pasaran Mitsubishi.
“Melaka adalah antara tiga negeri teratas dalam kehadiran Triton, manakala Xpander pula merupakan MPV bukan nasional No. 1 di Melaka dan di Malaysia. Pemindahan EAM Melaka ini mencerminkan matlamat bersama kami untuk memberikan yang terbaik kepada pemilik kenderaan Mitsubishi Motors,” kata Sakamaki.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge