smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbarunya, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.
Buat masa ini, model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan versi berprestasi tinggi, Brabus, masing-masing pada harga RM199,800 dan RM249,800, istimewa untuk 300 pembeli pertama.
Capai 590 KM, Cas Sepantas 15 Minit


smart #5 Premium (kiri) dan Brabus (kanan)
smart #5 didatangkan dengan dua konfigurasi kuasa yang berbeza. Varian Premium menggunakan motor RWD dengan kuasa 358 hp dan 373 Nm tork (0-100 km/j dalam 6.5 saat). Varian ini dipasangkan dengan bateri NCM berkapasiti 100 kWj, yang membolehkan jarak WLTP maksimum sehingga 590 km.

Varian lebih berkuasa, Brabus, hadir dengan sistem dwi-motor pacuan semua roda (AWD) yang menjana kuasa gabungan 637 hp dan 710 Nm. Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat, dengan kelajuan maksimum 210 km/j. Jarak WLTP yang dijanjikan daripada bateri NCM 100 kWj (sama seperti Premium) ialah 540 km. Varian Brabus ini turut dilengkapi suspensi sporty dan mod pemanduan khas seperti Snow, Sand, Mud, Rock, Adaptive dan Brabus.



Premium dan Brabus yang menggunakan binaan elektrikal 800V yang menyokong pengecasan DC ultra pantas 400 kW, membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa hanya 15 minit, serta input pengecasan AC 22 kW yang membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa 4.5 jam.
Rekaan Menyerlah

smart #5 direka dengan aura yang lebih gah sebagai model terbesar keluaran smart setakat ini, berukuran 4,705 mm panjang, 1,920 mm lebar dan 1,705 mm tinggi, dengan jarak roda 2,900 mm. Secara keseluruhan, bentuknya kelihatan lebih ranggi dengan sentuhan rekaan berkotak atau boxy yang tegap.






Sistem pencahayaan adalah antara aspek paling menonjol pada smart #5. Bahagian hadapan menampilkan bar lampu lebar penuh dan empat oblong bercahaya yang menghubungkan lampu depan LED Cyberlight Matrix, yang turut memiliki oblong untuk lampu nyalaan siang (DRL). Konsep rekaan yang sama ini diulangi di bahagian belakang.

Reka bentuk bampar smart #5 berbeza mengikut varian, yang mana varian Premium memiliki plat gelincir (skid plate) berwarna perak.






Varian Brabus menerima sentuhan sporty dengan kit badan agresif, termasuk sisipan apron bawah yang unik, aksen merah dan rim aloi Brabus Monoblock 21 inci, berbanding rim aerodinamik 20 inci pada Premium.
Ciri menarik lain ialah penutup port pengecas bukaan automatik, sensor NFC pada tiang B untuk kegunaan dengan kad kunci/aplikasi telefon pintar, penutup rim dengan logo yang sentiasa menegak (Premium) dan sebagainya.
Kabin Canggih & Sistem Audio Mewah
Kabin smart #5 hadir dengan sistem paparan tiga skrin, termasuk dua skrin infotainmen AMOLED 13 inci yang dikuasakan oleh cip AMD V2000, kluster meter digital 10.3 inci, dan papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD) 25.6 inci di sebalik stereng.

Untuk hiburan, ini merupakan kereta pertama di dunia yang menggunakan sistem audio mewah Sennheiser Signature Sound 20 speaker 2,000 watt, lengkap dengan audio keliling Dolby Atmos.
Ciri menarik lain termasuk tempat duduk depan dengan fungsi pengudaraan, tempat duduk belakang dengan fungsi pemanasan, dua pad pengecas tanpa wayar, pencahayaan ambien 256 warna, dan bumbung kaca panorama penuh.



Varian Brabus menerima sentuhan sporty yang termasuk stereng suede, upholsteri Dinamica dengan jahitan merah, tali pinggang keledar merah dan kemasan gentian karbon.
Varian Premium yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia menerima upholsteri kulit Nappa berwarna hitam, bukannya warna coklat seperti yang dipertontonkan sebelum ini.




smart #5 menjanjikan ruang yang praktikal dengan ruang but seluas 630 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,530 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Terdapat ruang frunk sehingga 72 liter, tetapi varian Brabus yang memiliki dwi-motor memiliki ruang frunk lebih kecil berkapasiti 47 liter.
Sistem Keselamatan Pintar

Varian Premium dan Brabus hadir dengan pakej antuan keselamatan canggih (ADAS) yang komprehensif, merangkumi fungsi seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Pengesanan Titik Buta (BSD), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Hadapan dan Belakang (FCTA & RCTA) dan Bantuan Parkir Automatik Penuh (FAPA) dan sebagainya.
Harga Jualan & Tawaran Eksklusif

smart #5 ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan versi berprestasi tinggi, Brabus, masing-masing pada harga RM199,800 dan RM249,800. Harga yang diumumkan di majlis pelancaran ini adalah istimewa untuk 300 pembeli pertama.

Sempena pelancaran, pembeli akan menerima pelbagai pemberian percuma yang termasuk pengecas wallbox bernilai RM3,200, adaptor V2L bernilai RM800, data internet 3GB/bulan selama 3 tahun serta 6 aksesori percuma bernilai RM2,000.

Selain itu, turut didatangkan ialah waranti komprehensif yang termasuk perlindungan kenderaan tanpa had perjalanan selama 4 tahun, alat ganti tanpa had perjalanan selama 2 tahun, bateri bervoltan tinggi sejauh 200,000 km atau 8 tahun, komponen bervoltan tinggi sehingga 150,000 km atau 8 tahun dan bantuan tepi jalan selama 24/7.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS3613
SELANGOR
BSN6975
JOHOR
JYT9447
PULAU PINANG
PSB432
PERAK
APG3478
PAHANG
CFF9999*
KEDAH
KGE9768
NEGERI SEMBILAN
NEJ9052
KOTA KINABALU
SJR1737
KUCHING
QAB4916N
Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Vibe' SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat