ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

Apa yang menarik, model Toyota yang paling ikonik ini turut memperkenalkan beberapa jenis rangkaian kuasa yang telah disahkan.

Antaranya ialah enjin pembakaran dalaman menggunakan enjin turbo diesel 2.8 liter yang sudah dikenali (dikekalkan daripada generasi sebelumnya). Pilihan kedua pula ialah versi elektrik sepenuhnya (BEV) dengan dua motor yang diperkenalkan serentak.

image.pngimage.png

Walaupun belum ditunjukkan, Toyota mengesahkan bahawa varian sel bahan api hidrogen (Fuel Cell Electric Vehicle atau FCEV) akan diperkenalkan pada 2028. Buat masa ini, kedua-dua varian turbo diesel dan BEV akan mula dijual di Thailand bermula minggu hadapan sempena Ekspo Motor Tahunan Thailand.

Reka Bentuk Serba Baharu

Dari segi visual, Hilux generasi kesembilan yang dipasarkan sebagai Hilux Travo dan Hilux Travo-e di Thailand,  menampilkan rekaan dalaman dan luaran yang serba baharu. Reka bentuk luarannya diterajui oleh pasukan pembangunan Toyota di Australia dengan kerjasama pasukan dari Thailand dan Jepun.

Dari segi dimensi, ia berukuran  5,320 mm (panjang), jarak roda 3,085 mm, lebar antara 1,855 mm hingga 1,885 mm bergantung pada varian, dan tinggi keseluruhan 1,815 mm.

image.pngimage.png

Bergantung pada varian, jarak kelegaan tanah adalah antara 224 mm hingga 225 mm. Saiz ruang kargo juga berbeza mengikut jenis kabin. Sebagai contoh, versi Double-Cab mempunyai panjang 1,555 mm, lebar 1,540 mm dan tinggi 480 mm.

Membawa tema baharu ‘Cyber Sumo’, bahagian hadapan Hilux kini tampil lebih tajam, diinspirasikan daripada “pose permulaan Sonkyu yang digunakan oleh ahli gusti sumo.”

image.pngimage.png

Varian lebih tinggi menampilkan pelapik lengkung roda berwarna hitam dan bampar hadapan dengan rekaan sudut berbeza.

Lampu LED penuh digunakan di bahagian hadapan dan belakang, serta tertera tulisan Toyota timbul pada penutup ruang but belakang.

Apa yang menariknya, semua varian Double-Cab dan Smart Cab kini mempunyai pemijak tepi seperti Ford Ranger yang disepadukan pada bampar belakang untuk memudahkan akses ke ruang kargo.

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat banyak elemen diambil daripada Land Cruiser 250 (Prado) generasi terkini. Varian mewah menawarkan dua paparan digital 12.3 inci.

image.png

Casis Diperkukuh & Dimodenkan

Platform IMV kini lebih tegar kerana hasil  kejuruteraan bersama pasukan Toyota Thailand dan Australia. Turut diperkenalkan ialah sistem stereng kuasa elektrik serta talaan suspensi baharu yang dinamakan ‘Dynamic Cloud’ untuk keselesaan lebih baik.

image.png

Bagi Hilux Travo-e versi elektrik, ia mendapat sistem suspensi De-Dion khas serta ‘Diamond Guard Underbody Protection Plate’ yang melindungi bateri litium-ion 59.2 kWh yang dipasang di bawah lantai.

Dari segi keselamatan, varian mewah Hilux generasi kesembilan dilengkapi sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0).

image.pngimage.png

Varian asas pula menerima versi yang lebih ringkas, termasuk Blind-Spot Monitoring (BSM), Rear Cross-Traffic Alert (RCTA), sensor jarak belakang dan kamera undur sebagai kelengkapan standard.

Enjin Diesel Dikenali, Kini Lebih Baik

Untuk pasaran Thailand, semua varian Hilux Travo dikuasakan oleh enjin 2.8 liter turbo diesel tunggal. Walaupun dikekalkan dari model sebelumnya, ia telah dipertingkatkan dari semua aspek.

image.png

Difahamkan, enjinnya mampu menghamburkan kuasa setakat  204 PS  dengan tork  420 Nm  untuk versi transmisi manual 6-kelajuan, dan 500 Nm bagi versi automatik 6-kelajuan baharu.

Sistem 4x4 Diperbaharui

Toyota mengekalkan sistem 4WD separuh masa dengan pilihan 2H, 4H, dan 4L (dengan kunci diferensial). Namun, kini terdapat sistem baharu Multi-Terrain Select (MTS) yang menawarkan mod pemanduan dan permukaan berbeza — Auto, Dirt, Sand, Mud, Deep Snow, dan Rock (bergantung pada mod 4H atau 4L).

image.png

Ini memastikan Hilux baharu kekal berkeupayaan tinggi merentasi pelbagai jenis permukaan.

Varian Elektrik (BEV) Baharu 

Untuk makluman, varian Hilux Travo-e BEV  hanya ditawarkan dalam konfigurasi Double-Cab di Thailan dan disasarkan untuk pembeli korporat .

Ia yang disumbat dengan bateri litium-ion 59.2 kWh memacu dua motor elektrik — satu di hadapan dan satu di gandar belakang mampu menghasilkan kuasa setakat  196 PS, serta tork 206 Nm (depan) dan 269 Nm (belakang).

image.png

Bateri ini menyokong pengecasan AC 10 kW (tidak seperti 11 kW standard), dan pengecasan DC sehingga 125 kW. Dengan cas penuh, jarak pemanduan maksimum yang didakwa ialah 315 km (NEDC) atau kira-kira 268 km (WLTP).

Sehubungan itu, Toyota menawarkan waranti bateri EV selama 8 tahun / 160,000 km, serta waranti kenderaan asas 5 tahun / 150,000 km khas untuk varian BEV ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR5654

SELANGOR

BSN5546

JOHOR

JYT6311

PULAU PINANG

PSA7986

PERAK

APG2370

PAHANG

CFF9178

KEDAH

KGE9045

NEGERI SEMBILAN

NEJ8528

KOTA KINABALU

SJR374

KUCHING

QAB4542N

Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.