ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Selepas beberapa imej rekaan tidak rasmi didedahkan, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan. Jentera pikap yang menjadi kegilaan ramai ini akan membuat kemunculan globalnya pada 10 November 2025.


Justeru, Toyota telah mengeluarkan video teaser pertama model serba baharu ini, memberikan kita gambaran awal mengenai rekaan yang lebih agresif daripada biasa. 


Inspirasi Rekaan


Toyota-Hilux-NextGen-Teaser-6.jpgToyota-Hilux-NextGen-Teaser-7.jpg


Menerusi video pendek yang dikeluarkan, rekaan Hilux baharu ini jelas menggunakan elemen visual yang dilihat pada model-model Toyota moden yang lain terutamanya daripada rekaan lampu depan LED yang tajam, lengkap dengan lampu nyalaan siang hari (DRL) berbentuk 'C'. Elemen rekaan berbentuk 'C' ini diteruskan ke bahagian belakang, di mana Hilux menerima lampu belakang LED menegak yang halus.


Toyota-Hilux-NextGen-Teaser-2.jpgToyota-Hilux-NextGen-Teaser-3.jpgToyota-Hilux-NextGen-Teaser-4.jpg


Hilux baharu ini turut mempamerkan reka bentuk gril hadapan baharu yang lebih ‘tegap’ dengan perkataan 'TOYOTA' terpampang di bahagian tengah, bukan lagi menggunakan logo. Sentuhan ini kelihatan serupa dengan ‘sepupunya’ yang ditawarkan di Amerika Utara, Toyota Tacoma.


WhatsApp-Image-2025-02-24-at-11.17.27_9c926d46.jpgWhatsApp-Image-2025-02-24-at-11.17.25_418f94d5.jpg


Walaupun dipasarkan sebagai model generasi serba baharu, beberapa khabar angin dan gambar intipan menunjukkan bahawa Hilux baharu masih akan mengekalkan panel pintu dan bumbung yang sama seperti model semasa. Ini menguatkan spekulasi bahawa ia akan terus menggunakan platform casis ladder-frame yang diperbaharui dan bukannya platform TNGA-F yang digunakan oleh Toyota Land Cruiser 250 atau Tacoma.


Toyota-Hilux-NextGen-Teaser-5.jpgToyota-Hilux-NextGen-Teaser-8.jpg


Dari segi mekanikal, kita boleh menjangkakan jentera ini akan terus menggunakan enjin 2.8 liter turbodiesel sedia ada yang telah dinaik taraf untuk mematuhi piawaian emisi yang lebih ketat seperti Euro 5 dan Euro 6.


Model ini juga dijangka akan ditawarkan dalam versi hibrid ringkas (MHEV) di pasaran terpilih, sama seperti di pasaran Australia dan Eropah.


Bagaimanapun, buat masa ini masih belum jelas sama ada pilihan enjin turbodiesel 2.4 liter dan petroll 2.7 liter akan kekal ditawarkan. 


Namun, ada kemungkinan besar model generasi terbaru ini akan ditawarkan dalam versi elektrik penuh (BEV) ekoran desas-desus bahawa model konsep Hilux Revo BEV mungkin akan memasuki peringkat pengeluaran. 


Nantikan perkembangan mengenai model ini yang akan kami kongsikan dari semasa ke semasa. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

15-12-2022
EV

15-12-2022
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Global

02-01-2025
Kereta Baru

16-08-2024
Global

20-03-2024
Global

02-02-2024

Berita Terkini

Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.