ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(14).jpg


Ramai rakyat Malaysia masih berdebat sama ada perlu beralih kepada kenderaan elektrik (EV) atau tidak. Walaupun tidak dinafikan teknologi EV jauh lebih ke hadapan, dengan suasana kabin lebih senyap dan pecutan yang lancar, persoalan terbesar yang bermain di fikiran ramai adalah berapakah kos sebenar untuk memiliki EV buat jangka masa panjang? Dalam artikel ini, ‘jangka masa panjang’ yang kami pilih untuk huraikan adalah dalam tempoh sepuluh tahun.


Dengan ketibaan Proton e.MAS 5, EV paling murah setakat ini di Malaysia, persoalan itu kini mempunyai jawapan yang jelas. Data Proton menunjukkan bahawa dari segi penggunaan harian, pengalaman pemanduan dan kos, memiliki EV adalah jauh lebih murah berbanding kereta petrol. Tak percaya? Ini kupasannya...


Setinggi Manakah Penjimatan Yang Dapat Dinikmati Dengan EV e.MAS 5 Berbanding Kereta Petrol?


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(15).jpg


Penjimatan kos bagi ‘menggerakkan’ kereta adalah faktor penting yang dipertimbangkan ramai. Jadi, sejauh mana penjimatan yang dijanjikan sebuah EV berbanding kereta versi enjin pembakaran dalaman (ICE)?


Pengecasan e.MAS 5 di rumah semasa luar waktu puncak (RM0.4183/kWj) dianggarkan hanya menelan belanja RM12,000 sepanjang sepuluh tahun.


Sebaliknya, sebuah hatchback petrol bersaiz serupa, yang mencatatkan kadar penggunaan bahan api 8 liter/100 km, dianggarkan menelan belanja RM38,000 di bawah harga BUDI95 semasa. 


Ini bermakna, pemilik e.MAS 5 dapat menjimatkan kira-kira RM25,000 dalam tempoh sedekad, atau kira-kira RM2,500 setahun, dengan purata pemanduan 2,000 km sebulan.


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(19).jpgProton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(20).jpg


Penjimatan ini diperkukuhkan lagi oleh kos penyelenggaraan. e.MAS 5 hanya memerlukan satu servis setahun, yang dianggarkan berjumlah RM2,700 sepanjang sepuluh tahun. Model petrol yang setara, dengan kekerapan servis dua kali ganda, boleh mencecah lebih RM6,700.


Secara keseluruhan, pemilik e.MAS 5 membelanjakan sekitar RM15,000 dalam tempoh sepuluh tahun, berbanding sekitar RM45,000 bagi pemilik kereta petrol. Ini melibatkan penjimatan hampir RM30,000, iaitu hampir separuh daripada harga pembelian e.MAS 5 yang boleh digunakan untuk keperluan lain seperti barangan runcit atau komitmen bulanan.


Adakah e.MAS 5 Praktikal Untuk Kegunaan Harian Rakyat Malaysia?


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(21).jpg


Proton e.MAS 5 dibina untuk rutin harian sebenar rakyat Malaysia. Walaupun kelihatan kompak dengan ukuran sebuah model dalam segmen B, ruang kabinnya terasa seperti jentera segmen C yang lebih besar. Jarak antara rodanya yang panjang, lantai yang rata dan bukaan pintu yang luas, mencipta ruang dalaman yang biasanya hanya terdapat pada model yang lebih besar. 


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(43).jpg

web_TA_First-Look_CariCarz_Proton-eMAS-5_-2-(1).jpgProton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(11).jpg


Ruang penyimpanan barangannya juga sangat praktikal dan fleksibel. e.MAS 5 menawarkan ruang simpanan di hadapan atau frunk seluas 70 liter, but belakang 375 liter dan sehingga 32 ruang simpanan kecil di seluruh kabin. Ini menjadikannya sempurna untuk penyimpanan pelbagai barangan dengan mudah setiap hari, membawa pelbagai bagasi semasa ‘cuti-cuti Malaysia’ atau untuk tujuan mengangkut durian atau makanan laut di ruang frunk tanpa meninggalkan bau busuk dalam kabin. 


Adakah Proton e.MAS 5 Mudah Untuk Dicas?


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(17).jpg


Pengecasan e.MAS 5 direka khas supaya dapat memudahkan pengguna. Dengan jarak WLTP 325 km, kebanyakan pemilik yang membuat perjalanan secara puratanya sejauh 50 km sehari hanya perlu mengecas sekali setiap enam hari. Bagi yang tiada sistem pengecasan di rumah, terdapat lebih 3,500 pengecas awam disediakan di seluruh negara setakat ini. Aplikasi Proton e.MAS mempermudahkan usaha untuk mencari dan membuat pembayaran pengecasan, segalanya di hujung jari.


Yang menariknya, walaupun ‘tergolong dalam kalangan’ EV murah, e.MAS 5 menyokong pengecasan pantas DC (53 kW untuk Prime, 71 kW untuk Premium) yang membolehkan pengecasan dari 30% hingga 80% dalam masa sepantas 21 minit sahaja.


Apakah Teknologi Premium Yang Ditawarkan Pada Harga Mampu Milik?


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(29).jpgProton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(28).jpg


Jangan tertipu dengan harganya, kerana ruang kabin e.MAS 5 menyerlahkan aura premium, sarat dengan teknologi canggih dan sentuhan futuristik. Ia dilengkapi dengan skrin 14.6 inci yang menggunakan cip pemproses gred automotif dan panel instrumen digital 8.8 inci. Model ini hadir dengan sistem ATLAS Auto dalam dua bahasa, Inggeris dan Melayu.


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(7).jpgProton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(8).jpg


Ciri menarik lain adalah sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, keupayaan pengecasan perkakasan elektrik lain (V2L), bukaan but automatik serta sistem masuk kenderaan tanpa 'perlu sibuk mencari' kunci. 


Adakah EV e.MAS 5 Selamat Digunakan?


IMG_20251014_104811.jpgIMG_20251014_105142.jpg


Aspek keselamatan tidak dipandang ringan dalam pembangunan model e.MAS 5. EV ini menggunakan bateri LFP CATL yang terbukti tahap keselamatannya kerana penggunaan pelbagai lapisan perlindungan. Model kembar Geely di China ini telah mencatatkan lebih daripada 142 juta jam pemanduan, yang membuktikan ia mampu bergerak tanpa sebarang insiden kebakaran akibat kemalangan atau isu besar yang mengakibatkan pemanggilan semula model. 


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(45).jpgProton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(44).jpg


Pelbagai ciri keselamatan disediakan untuk perlindungan optimum kepada kesemua penumpang yang termasuk enam beg udara, struktur badan yang diperkukuh dan 12 fungsi ADAS yang turut merangkumi kawalan jelajah adaptif dan pengesanan titik buta.


Dinamik pemanduannya pula disokong oleh sistem pacuan roda belakang (RWD) dan suspensi multi-link yang menjamin pemanduan lancar dan stabil. Dengan motor 85 kW, pecutan di bandar terasa tangkas. Tidak cukup dengan itu, kemampuannya untuk membuat radius pusingan 4.95 meter memudahkan pemanduan di kawasan dengan ruang laluan/parkir yang terhad. 


Berbaloikah Untuk Beli Proton e.MAS 5 Sekarang?


Dengan semua data yang dibentangkan, diharapkan ‘jiwa kacau’ anda sama ada untuk beli EV atau tidak, kini terjawab. 


Anda bukan sahaja mendapat pengalaman pemanduan yang moden, senyap dan dikelilingi teknologi canggih seperti ADAS penuh dan sambungan tanpa wayar, tetapi juga ‘membeli’ jaminan penjimatan jangka panjang yang sangat ketara, mencecah kira-kira RM30,000 dalam tempoh sepuluh tahun! 


Proton-eMAS5-Ownership-Cost-Caricarz-(22).jpg


Pada harga bersama rebat RM3,000 yang ditawarkan sehingga 31 Disember ini, varian asas, Prime, boleh dimiliki pada harga hanya RM56,800, manakala Premium pula pada harga RM69,800. Tunggu apa lagi? Kunjungi bilik pameran e.MAS yang terdekat secepat mungkin! 

Juga Menarik: Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! 

Juga Menarik: EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800

Juga Menarik: Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQC3941

SELANGOR

BSK5692

JOHOR

JYM2330

PULAU PINANG

PRW3175

PERAK

APD1009

PAHANG

CFE3498

KEDAH

KGD2947

NEGERI SEMBILAN

NEH7705

KOTA KINABALU

SJP1464

KUCHING

QAB6791M

Terakhir Kemas Kini 01 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.63

-0.02

RON 97

RM 3.26

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.08

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.28

-0.02

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Global
EV

11-11-2025
Global

06-11-2025
Kereta Baru

30-10-2025
Berita Auto

28-10-2025
Pandu Uji

28-10-2025

Berita Terkini

EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025
EV

Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis

Kia menayangkan kereta konsep terbaharunya, Kia EV5 Weekender pada pameran Auto Guangzhou 2025, China baru-baru ini.

25-11-2025
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!

Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!

20-11-2025
EV

Gentari Go 2.0: Semakin Interaktif, Ganjaran Berlimpah, Paling Komprehensif Setakat Ini?

Setelah memperkenalkan ciri Trip Planner (perancang perjalanan) pada Januari lalu, Gentari kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan naik taraf besar kepada aplikasi mudah alihnya, yang kini dikenali sebagai Gentari Go 2.0.

20-11-2025
EV

Rekaan EV Leapmotor A10 Didedahkan Menjelang Kemunculan Rasmi Di Auto Guangzhou 2025

Leapmotor A10 serba baharu telah didedahkan di China secara dalam talian menjelang penampilan global pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2025 hujung minggu ini.

19-11-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.