ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada awal bulan ini, Proton membuat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila mengumumkan model kenderaan elektrik (EV) keduanya bakal dijual antara harga  RM60,000 hingga RM80,000 sahaja.

Sejak penggumuman itu dibuat, penulis pula dihujani mesej  yang  bertanyakan mengenai Proton e.MAS 5.

Sebelum itu, sebagai media kami hanya diberi peluang melihat luar dan dalam  kereta kompak segmen-B itu, tanpa dibenarkan mendedahkan rupa parasnya.  Pendek kata, dapatlah belek sekejap!

image.png

Namun pada minggu lepas, terima kasih kepada Proton kerana menjemput Carz.com untuk memandu uji Proton e.MAS 5 di  Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam.

image.png

Walaupun, saya sudah melihat rupa parasnya yang sebenar namun pihak media masih belum diberi kebenaran untuk mendedahkan bahagian luarannya sehinggalah ia akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

Memandangkan tarikh pelancaran Proton e.MAS 5 masih dirahsiakan, sempatlah kami memandu uji lebih kurang 20 minit secara bergilir-gilir. 

Ini  bukan pandu uji lengkap kerana cuma atas trek namun tempoh singkat itu sudah membuatkan kami memahami keupayaan hatchback EV ini.

Menerusi sesi pandu uji, penulis berpeluang merasai pemanduan di litar  jenis separa kelajuan tinggi (bujur), selain memandu pada had kelajuan  50 km/j ke 80 km/j dan dari 80 km/j ke 120 km/j termasuk di beberapa selekoh tajam yang berbentuk 8, selain menguji keupayaan keupayaan breknya.

image.png

Pandu uji ini lebih menyentuh mengenai hamburan kuasa, pecutan, dan pengendalian kerana sesi ujian dibuat atas trek lurus dan sendeng sahaja.

Namun, saya cukup yakin Proton e.MAS 5 bakal menawan hati rakyat Malaysia terutamanya wanita!

Ini sebabnya! 

1. KERETA LINCAH UNTUK KEGUNAAN BANDAR!

Melihat luarannya, saiznya sebenarnya hampir sama dengan Proton Iriz namun sebaik melakukan pusingan di selekoh berbentuk 8 , ia sudah menunjukkan betapa lincahnya kerana saya dapat merasakan sistem kuasanya agak  bertenaga dan responsif.

image.png

Untuk makluman, ramai yang ragu-ragu mengenai hamburan kuasanya yang cuma 116 hp dan 150 Nm dimana kuasanya diterima daripada motor elektrik 11-dalam-1 yang dipasang di bahagian belakang.

Saya tidak dapat menafikan ramai mungkin  khuatir kerana ia hanya mampu  memecut dari 0-100 km/j  dalam masa  3.9 saat.

Jangan tertipu dengan angka tork yang kelihatan ‘rendah’ dan kadar pecutan yang nampak ‘perlahan’ itu.

Ini kerana tork  150 Nm sebenarnya sudah memadai untuk menggerakkan berat kenderaan e.MAS 5 yang dianggarkan antara 1,215 kg hingga 1,285 kg dengan mudah dari keadaan pegun.

Mungkin apa yang paling mengejutkan ialah betapa cukupnya 116 hp itu, terutamanya ketika melakukan pecutan di selekoh dari 50 km/j ke 80 km/j dan dari 80 km/j ke 120 km/j .

Jarak kelajuan ini adalah situasi biasa semasa  memotong di lebuh raya.

Satu perkara yang perlu diterima ialah had kelajuan maksimum sistem kuasa ini, iaitu 140 km/j. Namun, e.MAS 5 mampu mencapai kelajuan tersebut dengan mudah ketika kami mengujinya sedikit di litar ujian bujur.

Bagi sayam ia memang sesuai untuk kegunaan bandar dan yang penting dengan kelajuan yang ditawarkan, ia sememangnya sudah memadai.

2. CUKUP STABIL 

image.png

Sebagai  hatchback kompak dengan saiz dan berat sebegini, mungkin ramai sudah menjangkakan, ia merupakan kereta yang stabil. Ya, fakta ini benar!

Dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) yang digunakan selain talaan dan penentukuran sistem suspensi  di keempat-empat rodanya, EV ini sebenarnya menawarkan pemanduan yang cukup lembut dan selesa. 

Gabungan kedua-dua aspek ini menawarkan tahap kecekapan pengendalian yang mengagumkan. Proton e.MAS 5 menampilkan casis yang amat lincah ketika dipandu di kawasan bandar pada kelajuan rendah, malah mampu membuat pusingan yang lebih rapat  pada 4.95 meter.

Walaupun dipandu dengan lebih agresif di litar bujur berkecerunan tinggi yang disebut tadi, e.MAS 5 masih menunjukkan tahap kestabilan yang cukup baik biarpun dipandu laju.

3. SELESA

Bagi sesiapa yang belum pernah memandu kenderaan elektrik (EV), perkara pertama yang mungkin mengejutkan ialah tahap kesenyapannya. Dengan harga permulaan yang dijangka sangat berpatutan seperti yang diumumkan oleh Proton untuk e.MAS 5, tidak hairanlah ramai pembeli EV pertama kali akan terpukau dengan ciri ini.

Walaupun pada mulanya terasa agak janggal bagi mereka yang baru beralih ke EV, tahap kesenyapan wajar dipuji. Hakikatnya, kabin e.MAS 5 menawarkan tahap penebat bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH) yang sangat baik.

Digabungkan dengan ciri tunggangan yang lembut dan selesa,  EV ini mampu memberikan pengalaman pemanduan yang cukup selesa.

Maah, Proton e.MAS 5 ini juga  dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ciri moden yang memenuhi keperluan setiap penumpang.

Dengan pemanduannya yang cukup mantap, keselesaan dan harganya bawah RM80,000, saya cukup yakin Proton e.MAS 5 bakal menarik perhatian pembeli EV.

PELANCARAN TAK LAMA LAGI

Mungkin ramai yang  tertanya-tanya mengenai pelancaran rasminya walaupun  tempahan Proton e.MAS 5 sudah dibuka sejak beberapa minggu lalu.

Malah, setakat dua hari lepas tempahannya dikatakan sudah mencecah sehingga 3,000 unit. Apapun, kami cukup yakin pelancaran rasminya akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Bagi yang berminat tempahan untuk e.MAS 5 kini telah dibuka secara dalam talian dan di pengedar sah Proton e.MAS dengan bayaran tempahan minimum hanya RM99.

Berdasarkan semua yang telah kami kongsikan, apa pendapat anda? Adakah hatchback EV kecil ini berpotensi menjadi kenderaan harian anda yang seterusnya? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah…


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPV8213

SELANGOR

BSJ5139

JOHOR

JYJ4781

PULAU PINANG

PRU8913

PERAK

APB8074

PAHANG

CFD7705

KEDAH

KGC6349

NEGERI SEMBILAN

NEH3932

KOTA KINABALU

SJN1879

KUCHING

QAB3590M

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2025

Berita Berkaitan

EV
EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
EV
Laku Seperti Pisang Goreng Panas, Lebih 1,600 Unit Proton e.MAS 5 Ditempah Dalam 24 Jam!

Laku Seperti Pisang Goreng Panas, Lebih 1,600 Unit Proton e.MAS 5 Ditempah Dalam 24 Jam!

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) berjaya mencatatkan jumlah tempahan yang tinggi iaitu sebanyak 1,607 dalam masa hanya 24 jam.

08-10-2025
EV
Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan  Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

PRO-NET mengumumkan bahawa tempahan Proton e.MAS 5 akan dibuka pada 4 Oktober ini secara siaran langsung di media sosialnya.

29-09-2025
EV
Proton e.MAS 5 Bakal  Tiba Dengan Kabin Hitam?

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV
Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
Berita Auto
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025
EV
Pasangan Suami Isteri Menang Proton e.MAS 5 – Slogan Menarik, Tarik Perhatian Juri

Pasangan Suami Isteri Menang Proton e.MAS 5 – Slogan Menarik, Tarik Perhatian Juri

Walaupun Proton e.MAS 5 masih belum dilancarkan secara rasmi, Shahrul Aizat Bin Ishak, muncul sebagai pemilik pertama model elektrik kompak ini.

27-08-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.