BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.
Angka terkini menunjukkan bahawa sebanyak 128,067 kereta penumpang BYD telah dihantar ke pasaran luar negara pada bulan November, sekali gus merupakan satu lonjakan luar biasa.
Ini kerana terdapat peningkatan sebanyak 313% berbanding tahun lalu.


Dari Januari hingga November, syarikat gergasi automotif itu telah mengeksport sebanyak 878,498 kenderaan, lebih daripada dua kali ganda jumlah eksport keseluruhannya pada tahun 2024.
Pertumbuhan ini meletakkan BYD di tempat kedua di belakang Chery dalam kedudukan eksport bulanan bagi November, di mana Chery mencatatkan penghantaran sebanyak 135,190 kenderaan.
Namun, jurang tersebut semakin dekat kerana Chery mengeksport kebanyakan kereta petrol manakala BYD memberi tumpuan sepenuhnya kepada kenderaan tenaga baharu (NEV).
Pada bulan November, BYD mendahului jualan NEV di Brazil, Turki, Itali, Sepanyol, Hungary dan Croatia, serta menduduki tempat teratas dalam jualan keseluruhan jenama di Singapura.
Bagi 11 bulan pertama tahun 2025, syarikat itu turut menguasai jualan NEV di Brazil, Turki, Sepanyol dan Itali, selain mencapai kedudukan peneraju jenama keseluruhan di Singapura dan Hong Kong.

Malah, BYD telah mengatasi Tesla di 11 pasaran utama, termasuk United KIngdom, Jerman, Itali, Sepanyol, Austria dan Ireland, serta pasaran Asia seperti Malaysia, Turki, Singapura, Thailand dan China.
Kini, NEV BYD ditawarkan di 119 negara dan di seluruh dunia, dan syarikat itu baru-baru ini meraikan pengeluaran kenderaan tenaga baharu ke-15 jutanya pada 18 Disember lalu sekali gus, menjadikannya pengeluar automotif pertama yang mencapai pencapaian tersebut.
Sekiranya BYD mampu mengekalkan momentum eksport bulan November ke bulan Disember, maka ia mampu mencapai sasarannya untuk menjual kereta sebanyak satu juta di pasaran antarabangsa pada tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Berita Terkini
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge