Continental Tyre Malaysia Lancar Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat

Continental Tyre Malaysia melancarkan Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4x4, sebagai komitmennya untuk meningkatkan keyakinan pelanggan dan kualiti produknya.
Waranti ini tertakluk kepada semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4x4 jenama Continental,General Tire, dan Viking.
Apa yang cukup menarik ialah waranti ini menawarkan perlindungan untuk sepanjang jangka hayat tayar dan menggantikan waranti pengilang lima tahun yang terdahulu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova menyifatkan pihaknya bukan sekadar menghasilkan tayar.
"Kami membina keyakinan. Waranti ini bukan hanya jaminan, ia menunjukkan kawalan ketat kami terhadap kualiti yang tidak berbelah bagi dan inovasi yang kami terapkan dalam setiap produk kami," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, waranti ini merangkumi perlindungan ke atas kecacatan pengilang melalui keseluruhan jangka hayat tayar.
Namun, kerosakan akibat faktor luaran diluar kawalan Continental, contohnya seperti tayar pancit, dipotong/terbelah, atau impak yang disebabkan oleh kerosakan jalan, adalah dikecualikan daripada waranti ini.


Bagi menambahkan lagi keyakinan pelanggan, Continental tetap terus menawarkan perlindungan di bawah Waranti Pelan Keyakinan untuk Kerosakan Jalan (Total ConfidencePlan (TCP) Road Hazard Warranty), yang memberikan perlindungan 12 bulan dari tarikh pembelian terhadap kerosakan disebabkan oleh risiko di jalan yang tidak dijangka, apabila pembelian didaftarkan di bawah aplikasi Conti TCP.
Continental menekankan bahawa pelanggan tidak perlu risau tentang tarikh pembuatan tayar, kerana Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat dan TCP memberikan perlindungan menyeluruh untuk memastikan kualiti, prestasi, dan kebolehpercayaan tayar sepanjang tempoh penggunaannya.

Polisi ini mengukuhkan lagi reputasi Continental sebagai rakan mobiliti yang dipercayai dalam mengekalkan standard tertinggi mereka terhadap keselamatan dan prestasi, dengan syarat tayar-tayar ini dibeli di Malaysia.
Tuntutan ke atas waranti ini akan diterima hanya setelah pemeriksaan dilakukan oleh wakil Continental yang diperakui atau pengedar yang sah. Bayaran balik akan dikira secara prorata berdasarkan purata kedalaman bunga tayar (RTD) yang belum digunakan.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres-warranty/warranty-policy/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Continental Perkenal Tayar All-Terrain Terbaharu CrossContact A/T
Continental Tyres secara rasmi memperkenalkan CrossContact A/T², di pasaran tempatan.
29-04-2026
Tayar Continental SportContact 7 Kini Di Malaysia – Cengkaman Lebih Padu!
Continental Tyres telah melancarkan tayar Ultra Ultra High Performance (UUHP) generasi terkini.
13-10-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
