ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dasar Saman Baharu 2026 Dipuji Pakar Sebagai 'Game Changer'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

kch-ub151124-jl-jpj-p2.jpg


Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Malaysia akan mula melaksanakan sistem pembayaran saman trafik baharu berprinsip “Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar". Perubahan dibuat untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya dan menghapuskan budaya menangguh bayaran saman demi menanti tawaran diskaun bermusim.


Dasar reformasi ini dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalam menyeragamkan penguatkuasaan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus memberi insentif kepada pemandu yang bertanggungjawab menyelesaikan kompaun mereka dengan segera.


Bagaimanakah Struktur Pembayaran Saman Baharu Ini Berfungsi?


Sistem baharu ini menggantikan amalan diskaun secara berkala kepada struktur potongan kadar kompaun secara berperingkat, berdasarkan tempoh masa bayaran dijelaskan.


CariCarz-Potongan-Saman-2026.png


Prinsip ini jelas, di mana pesalah trafik hanya akan menikmati rebat kecil jika bayaran dibuat dalam tempoh 30 hari pertama. Selepas tempoh tersebut, saman akan dikenakan pada kadar penuh, tanpa sebarang pengecualian.


Mengapa Budaya Diskaun Saman Musim Perlu Dihentikan?


Menurut pakar keselamatan jalan raya, amalan diskaun saman sebelum ini, yang sering diumumkan semasa musim perayaan atau acara khas, telah mewujudkan 'budaya tunda' dalam kalangan pemandu.


Datuk Suret Singh, ahli Majlis Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, menyifatkan sistem baharu ini sebagai "pengubah permainan" (game changer). Beliau menegaskan bahawa ramai pemandu yang bertanggungjawab memang membayar tepat pada masanya, tetapi majoriti yang lain sengaja menunggu kempen diskaun besar-besaran.


editors_images_1735804944497-1735804944497-full_normal.jpg


Profesor Madya Dr. Law Teik Hua dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menekankan bahawa diskaun yang kerap ditawarkan sebelum ini sebenarnya ‘merosakkan’ niat asal saman, kerana ia tidak mendidik pemandu untuk mengambil sikap bertanggungjawab. Dengan sistem baharu, pemandu ‘dipaksa’ untuk lebih serius dan membuat pembayaran dengan cepat, yang akhirnya akan membina tabiat memandu yang lebih baik. 


Pakar Kriminologi, P. Sundramoorthy, menyatakan bahawa sambutan hangat terhadap kempen diskaun lama menunjukkan betapa mendalamnya budaya penangguhan ini telah tertanam dalam mentaliti pemandu Malaysia.


Menurut beliau, disiplin pengguna jalan raya hanya dapat dibentuk melalui penguatkuasaan yang konsisten. Pemberian diskaun secara rawak hanya ‘menghakis’ kepatuhan.


Dasar baharu ini turut berfungsi untuk mengukuhkan mekanisme Sistem Mata Demerit Kejara, di mana penyelesaian saman yang pantas memastikan penguatkuasaan penalti terhadap pesalah berulang dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Sumber: The Star

Juga Menarik: PDRM Tawar Diskaun Saman 70% Hingga 30 Disember Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6572

SELANGOR

BSQ8458

JOHOR

JYY7513

PULAU PINANG

PSD1327

PERAK

APJ2534

PAHANG

CFG7913

KEDAH

KGG5227

NEGERI SEMBILAN

NEK6639

KOTA KINABALU

SJS4338

KUCHING

QAB125P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.