ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik (EV) pertama mereka yang digelar sebagai QV-E, pada harga RM80,000 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini.

QV-E, yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan dikeluarkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua iaitu Smart Mobility Plant.

Model EV pertama 100 peratus buatan Malaysia ini hadir dengan hanya satu varian.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, ketika ini, pihaknya akan mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan.

"Namun   kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” katanya.

Dari segi dimensi, QV-E berukuran 4,170 mm (panjang),  1,800 mm (lebar) , 1,502 mm (tinggi) manakala jarak roda pula   2,680 mm .

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-48.jpg

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan gaya  ‘sportback‘ serta dipadankan dengan lampu depan jenis LED, ada lampu nyalaan siang hari, lampu belakang jenis lampu melintang, pemegang pintu jenis tersembunyi, ada lampu belokan, dan dipasang dengan rim aloi sebesar 18 inci.

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-46.jpgweb_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-37.jpg

Untuk makluman anda, rim sebesar 18 inci antara yang terbesar yang digunakan Perodua setakat ini.

Sementara itu, melihat kabinnya, QV-E dilihat cukup sempurna kerana hadir dengan pelbagai ciri-ciri moden. 

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-52-(1).jpg

Antaranya seperti skrin infotainmen 10,25 inci, (ada sambungan CarPlay dan Android Auti), kluster digital 10.25 inci, ada cermin belakang jenis digital, kerusi pemandu jenis berkuasa, ada lampu ambien, pengecas wayarles, penghawa dingin berkembar, tempat duduk jenis separuh kulit, ada 6 speaker selain hadir dengan kit pembaikan tayar.

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-59.jpgweb_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-62.jpgweb_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-60.jpg

Sementara itu, ia menawarkan ruang kargo seluas 450 liter namun saiznya boleh dibesarkan sehingga 1,238 jika kerusi belakang direbahkan manakala ruang penyimpanan pula 40 liter.

Mengenai trenkuasanya, Perodua QV-E disumbat dengan motor berkuasa 150kW dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan tork 285Nm.

Untuk makluman, QV-E merupakan projek usahasama antara Perodua dan Magna Steyr!

Untuk itu, sebuah platform serba baharu dibangunkan supaya ia dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis bentuk badan kenderaan di dalam segmen A dan B.

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-74.jpgweb_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-68.jpg

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.5 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 165km/j.

Terdapat tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

Menyentuh mengenai jarak geraknya, Perodua QV-E  menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti julat sehingga 445 kilometer (NEDC), namun bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

Malah, QV-E turut menyokong pengecasan AC 6.6 kW di mana bateri boleh dicas penuh 0-100 peratus hanya dalam masa 8 jam.

Jika menggunakan pengecasan pantas DC 60 kW, difahamkan baterinya boleh dicas sepantas 30 minit dari 30-80 peratus.

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-52.jpg

Bagaimanapun, penulis berkesempatan memandu uji Perodua QV-E di litar Antarabangsa Sepang dimana ia bukan sahaja nampak sebagai EV sport namun hamburan kuasanya sudah membuktikan ia bakal menawan hati rakyat Malaysia.

Bayangkan dengan hanya mod pemanduan ECO, ia sudah mampu memecut seperti pelesit manakala pemanduannnya cukup selesa dan ringan. 

Bagi yang berminat, Perodua menawarkan pilihan untuk pelanggan sama ada membeli bateri secara langsung atau melalui program sewa bateri (Battery-as-a-Service). Program sewa ini membolehkan pelanggan menukar bateri secara percuma sepanjang tempoh langganan.

Apa yang menarik, Perodua menawarkan khidmat pajakan bateri bagi memastikan prestasinya berada dalam keadaan baik.

Difahamkan, harga  langganan bulanan untuk bateriny adalah RM275 dalam tempoh sembilan tahun manakala insurans untuk bateri akan dibayar oleh Perodua 

Ini bermakna bateri tersebut akan berada di bawah pemilikan Perodua, namun boleh dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan selepas 9 tahun.

Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk membeli QV-E, anda kena tahu bahawa jika bateri tersebut mencapai akhir kitaran hayat (End of Life), ia perlu diserahkan kepada Perodua untuk dilupuskan dengan cara yang betul.

Dari segi ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti mana yang ada pada EV lain.

Perodua QV-E ini hadir dengan  Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) tahap dua dimana terdapat Amaran dan Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCW & AEB),Amaran Keluar Laluan (LDW), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan enam beg udara.

web_TA_CariCarz_2026-Perodua-QV-E_Preview_SIC_-51.jpg

Ia juga hadir dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, boleh buat panggilan SOS, kamera pandangan sekeliling dan pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection).

Sistem ini akan mengingatkan pemandu sekiranya ada kanak-kanak ataupun binatang peliharaan yang tertinggal di dalam kereta kerana ia boleh mengesan pergerakan serta tanda vital (seperti bunyi nafas) di bahagian tempat duduk belakang.

Sistem itu juga boleh mengesan pergerakan walaupun dilitupi oleh selimut atau fabrik lain.

Bagi yang berminat, Perodua QV-E hanya hadir dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey.

Buat masa ini, QV-E hanya akan dijual  melalui sembilan cawangan terpilih Perodua yang bertempat di Juru, Ipoh, Glenmarie, Perodua Sentral, Putrajaya, Senawang, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Bharu.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA9251

SELANGOR

BSQ4732

JOHOR

JYX6250

PULAU PINANG

PSC6395

PERAK

APH8230

PAHANG

CFG6502

KEDAH

KGG3028

NEGERI SEMBILAN

NEK5347

KOTA KINABALU

SJS1510

KUCHING

QAB9235N

Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

Kumpulan Pantai Bharu terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan melancarkan Era Baharu Perodua 3S Pantai Bharu sempena pembukaan rasmi bilik pameran dan pusat servis terbaharunya di Batu 1, Jalan Meru di Klang, baru-baru ini.

20-02-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto

22-12-2025
Berita Auto

19-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Berita Auto

12-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.