Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

Jenama EV China-Jerman, smart yang dimiliki bersama Geely dan Mercedes-Benz, baru sahaja mengeluarkan imej sedan pertamanya, smart #6 EHD.
Ketibaan smart #6 EHD menandakan perubahan penting melalui kerjasama Geely–Mercedes yang menampilkan model PHEV dan bukannya kenderaan elektrik sepenuhnya.


Dari segi rekaan, smart #6 EHD hadir dengan siluet sporty seakan coupe, dan ia kelihatan seperti versi kecil Xiaomi SU7.
Menjengah bahagaian luarannya, ia dilengkapi dengan bar cahaya penuh, didatangkan dengan pemegang pintu tersembunyi, kamera sisi, serta spoiler belakang pop-out aktif.
Dua model ditunjukkan dimana satu versi putih yang ringkas, manakala satu lagi merupakan warna kuning yang lebih agresif. Begitupun kedua-duanya dijangka berkongsi rangkaian kuasa yang sama.


Trenkuasanya adalah berasaskan sistem NordThor Hybrid 2.0 dimana ia menggabungkan enjin turbo 1.5 liter 120 kW, motor elektrik 115 kW, dan DHT 3-kelajuan. Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa keseluruhannya setakat 320 kW (429 hp).
Model ini dijangka akan menggunakan bateri LFP yang dibekalkan oleh CATL atau SVOLT, namun kapasiti masih belum didedahkan.
Difahamkan, sedan ini mampu bergerak dalam mod EV sejauh 285 km manakala jarak pandu keseluruhan adalah 1,810 kilometer (km) .
Sementara itu, model ini mencatatkan penggunaan bahan api serendah 3.9 liter/100 KM, dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4906 mm panjang, 1922 mm lebar dan 1508 mm tinggi dengan jarak roda 2926 mm, sekali gus menjadikan smart #6 EHD adalah model smart terbesar pernah dihasilkan.
Ini kerana ia dibina di atas jarak roda terpanjang dalam barisan jenamanya.

Kehadiran lidar yang dipasang di bumbung menunjukkan fungsi bantuan pemandu yang canggih, manakala bahagian dalaman masih dirahsiakan tetapi dijangka mengikuti susun atur digital-first tipikal smart dengan skrin besar dan antara muka dipacu AI.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge