ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena  Proton Tech Showcase 2025 yang sedang berlangsung di  Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam.

image.pngimage.png

Prototaip itiu dilitupi dengan pelekat penyamaran berwarna biru dan tertera perkataan  Proton Tech Showcase. 

Dikhabarkan, versi terbaharu ini akan dilancarkan pada tahun hadapan.

image.pngimage.png

Menjengah dengan lebih dekat, ia kelihatan agak mirip dengan gaya reka bentuk kembarnya yang berkuasa elektrik bateri (BEV). Sebaliknya, cuma terdapat sedikit  perbezaan kecil iaitu ia hadir dengan  pemegang pintu jenis biasa berbanding pemegang pintu rata seperti kembarnya.

image.pngimage.png

Selain itu, rekaan bampar hadapan dan belakang juga sedikit berbeza dengan bampar hadapan kini menempatkan bukaan gril untuk bahagian enjin pembakaran dalaman (ICE). Versi PHEV ini juga menampilkan lampu hadapan LED sepenuhnya serta lampu belakang penuh lebar lengkap dengan lightbar.

Bagi rim, e.MAS 7 PHEV dilihat menggunakan rim dua tona 19 inci rekaan multispoke  berbanding unit gaya ‘aero’ pada versi BEV. Selain itu, hampir semua ciri lain masih sama seperti versi BEV.

image.png

Dari segi dimensi, e.MAS 7 PHEV berukuran 4,740 MM panjang dengan jarak roda 2,755 MM, 1,905 MM lebar dan 1,685 MM tinggi. Ini bermakna versi PHEV ini 125 MM lebih panjang, jarak roda 5 MM lebih panjang, 4 MM lebih lebar dan 15 MM lebih tinggi berbanding kembarnya.

KABIN MASIH MISTERI

image.png

Malangnya, bahagian kabin tidak boleh dilihat memandangkan pintunya dikunci manakala tingkapnya digelapkan bagi. Ini kerana pihak syarikat masih belum sedia mendedahkan bahagian dalamannya. 

Bagaimanapun, kami dapat mengesahkan bahawa unit ini ialah pemanduan sebelah kanan (RHD), memandangkan versi PHEV ini pernah dikesan berada di jalan raya baru-baru ini.

Tidak mengejutkan jika bahagian dalam e.MAS 7 PHEV juga hampir meniru versi BEV, seperti mana bahagian luarannya.  

Bagi ciri lain, Carz.com.my difahamkan bahawa skrin infotainmennya bersaiz 15.4 inci berkuasa FlyMe Auto dan paparan instrumen digital 8.8 inci juga akan dikekalkan. Perubahan antaramuka dijangka dilakukan untuk memuatkan fungsi PHEV.

Trenkuasa PHEV NordThor 2.0

Perbezaan utama e.MAS 7 PHEV ini adalah dari segi sistem trenkuasanya dimana ia menggunkan  PHEV NordThor 2.0 yang dibangunkan Geely.

Dari sudut mekanikal, sistem ini menggabungkan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder aspirasi semulajadi dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat   111 PS dan tork 136 Nm dengan dua motor elektrik 11-dalam-1 serta transmisi hibrid khas (E-DHT). Terdapat juga  bateri Geely Aegis Short Blade berkapasiti  19.09 kWh.

Secara keseluruhannya, ia mampu menghamburkan kuasa setakat  218 PS dan 262 Nm,dan mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 7.5 saat. Jarak pemanduan elektrik sahaja sehingga 120 KM dan jarak gabungan petrol-elektrik sehingga 1,420 KM turut disebut, berdasarkan piawaian CLTC.

Bateri tersebut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 36 kW, manakala enjin pembakaran menggunakan tangki bahan api 51 liter .

image.png

Bakal Menyusul, Ada 2 Varian 

Walaupun Proton masih berdiam diri,namun sumber dalaman PRO-NET sudah memberi sedikit bayangan mengenai e.MAS 7 PHEV dimana  terdapat kemungkinan e.MAS 7 PHEV akan hadir dalam dua varian

Perbezaannya terletak pada saiz bateri serta jarak dan prestasi.

image.png

Buat masa ini, tidak banyak butiran dapat dikongsikan  namun apa yang pasti, Proton dijangka memperkenalkan versi petrol-elektrik e.MAS 7 ini seawal separuh pertama tahun depan .

bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat disahkan lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

12-01-2026
EV

02-01-2026
Teknologi

15-12-2025
EV

11-11-2025
EV

27-10-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.