Jangan Ke Thailand Tanpa Insurans Ini... Belajar Daripada Tragedi Banjir Hat Yai
-full_normal.jpg)
Ada rancangan untuk ke Thailand? Anda dinasihatkan untuk menyemak semula polisi insurans kenderaan agar tidak menyesal di kemudian hari. Ini susulan kejadian banjir kilat yang melanda di Hat Yai baru-baru ini yang memperlihatkan banyak kenderaan rakyat Malaysia rosak teruk.
Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), kebanyakan pelan komprehensif biasa tidak menawarkan perlindungan secara automatik sebaik sahaja kenderaan memasuki sempadan Thailand.
Bagaimana Cara Untuk Mendapat Perlindungan Insurans Semasa Di Thailand?
-full_normal.jpg)
Untuk kekal dilindungi semasa berada di negara gajah putih, pemegang polisi boleh memohon dua jenis Endorsemen (tambahan perlindungan) penting iaitu:
- Endorsemen 101 (Perlindungan Luar Negara): Ini membolehkan perlindungan insurans anda dilanjutkan ke Thailand untuk perjalanan singkat, biasanya sehingga sebulan. Ia meliputi kerosakan kenderaan dan kerugian harta benda pihak ketiga sehingga RM100,000.
- Endorsemen 57 (Perlindungan Bencana Alam): Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, menggesa pemandu mempertimbangkan risiko banjir dan menambah Endorsmen 57. Ini memberikan perlindungan tambahan untuk bencana alam, seperti kejadian banjir kilat mengejut yang berlaku di Hat Yai.
Kedua-dua endorsemen ini tidak memakan kos yang tinggi, iaitu sekitar 0.2% daripada nilai diinsuranskan dan boleh diuruskan melalui ejen atau penyedia insurans.
Chua Kim Soon turut mengingatkan orang ramai bahawa Thailand mewajibkan pembelian Compulsory Motor Insurance (CMI) untuk semua kenderaan asing.
CMI boleh dibeli daripada syarikat insurans Thai sama ada di sempadan atau secara dalam talian melalui platform serantau sebelum memasuki negara tersebut.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Terperangkap dalam Banjir di Thailand?
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Ramai rakyat Malaysia yang terjejas oleh banjir di Hat Yai kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula kereta mereka, kerana kenderaan yang rosak di luar negara tanpa perlindungan yang betul kebiasaannya tidak layak untuk menuntut ganti rugi. Pemilik mungkin terpaksa menanggung kos yang besar untuk pengangkutan dan pembaikan sendiri.
Bagi mana-mana individu yang keretanya terperangkap dalam banjir, nasihat utama adalah JANGAN sesekali menghidupkan enjin semula. Sebaliknya:
- Dokumentasikan keadaan kenderaan dengan foto atau video.
- Hubungi syarikat insurans atau aplikasi Digital Roadside Assistance (DRA) untuk mendapatkan bantuan tundaan.
Laporan polis di Thailand mungkin diperlukan untuk menyokong tuntutan, kecuali jika pihak insurans melonggarkan keperluan tersebut disebabkan bencana besar. Pemandu juga perlu mengemukakan dokumen insurans, maklumat cukai jalan dan borang kastam yang diperlukan. Kemajuan tuntutan boleh dipantau melalui aplikasi DRA.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Untuk membantu mangsa, syarikat insurans Malaysia sedang bekerjasama dengan bengkel dan khidmat tunda di Thailand, termasuk pihak berkuasa. Kejadian banjir besar selepas hujan lebat di wilayah Songkhla itu menyaksikan lebih 500 kereta Malaysia dilaporkan tersadai dan mengalami kerosakan.
Sumber: The Star
Juga Menarik: 4,000 Rakyat Malaysia Sangkut Di Hatyai Angkara Banjir Teruk
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Insurans Banjir: Ini Anggaran Kos 'Special Perils' Yang Perlu Anda Tahu
RM8 hingga RM40 Sebulan Boleh Selamatkan Kereta Anda Daripada 'Total Loss' Musim Hujan.
27-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Berita Terkini
Analisis: RON95 Campur Air?Simpan Resit Minyak Anda Mulai Sekarang
Ancaman Petrol RON95 Bercampur Air: Kenapa Sekeping Resit Kecil Boleh Selamatkan Anda.
03-11-2026
Kenapa Hon Boleh Cetuskan Kemarahan?
Nak Keluar Parking Pun Susah, Hon Pula Mengundang Marah
02-11-2026
Lampu Enjin Menyala, Jangan Terus Percaya Kata Sensor
Jangan Percaya Bulat-Bulat Kata Foreman! Ini Pengalaman Sebenar Saya.
28-10-2026
Tiada Insurans Banjir: Ini Anggaran Kos 'Special Perils' Yang Perlu Anda Tahu
RM8 hingga RM40 Sebulan Boleh Selamatkan Kereta Anda Daripada 'Total Loss' Musim Hujan.
27-10-2026
Kereta Rasa Stabil Tapi Penumpang Belakang Rasa Nak Muntah? Apa Sebenarnya Masalah Suspensi Anda?
Betul Ke Sebab Suspensi Kereta?
26-10-2026
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan
Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.
26-10-2026
Petrol Campur Air: 5 Tanda Enjin Kereta Rosak Lepas Isi Minyak
Kereta Meragam Lepas Isi Minyak? Semak Ini.
19-10-2026
Ngeri Tengok Alza 'Terbang' Di Tol Damansara! Tapi Boleh Tuntut Insurans Ke?
Kenapa Peril Khas Penting?
14-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge