Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia. Apa yang mengejutkan, harganya bermula daripada IDR 233 juta (sekitar RM56,209), menjadikannya antara kenderaan elektrik (EV) paling mampu milik di republik tersebut.
Jika dibandingkan dengan kembarnya di Malaysia iaitu Proton e.MAS 5, harga di Indonesia adalah lebih rendah kerana semasa pelancarannya, e.MAS 5 dijual pada RM56,800, dengan harga asal tanpa rebat yang lebih tinggi iaitu RM59,800.
Apakah Spesifikasi Enjin Geely EX2 Pasaran Indonesia?
Sama seperti unit di Thailand, Geely EX2 untuk pasaran Indonesia ditawarkan dalam dua varian iaitu Pro dan Max. Kedua-duanya berkongsi sistem trenkuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal yang dipasang pada gandar belakang (RWD) dengan kuasa 116 PS dan tork 150 Nm. Motor ini adalah unit yang sama digunakan pada varian tertinggi Proton e.MAS 5 Premium, yang mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 11.5 saat.
Berapa Jauh Jarak Gerak Bateri SUV Ini?
Berbeza dengan Proton e.MAS 5 yang menawarkan dua pilihan bateri (30.12 kWj dan 40.16 kWj), pasaran Indonesia hanya menerima satu saiz sahaja iaitu 40.8 kWj pada kedua-dua varian. Geely mendakwa ia mampu bergerak sejauh 395 km (berdasarkan kitaran NEDC).
Juga Menarik: Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Apa Perbezaan Antara Varian Pro Dan Max?




Walaupun trenkuasa dan baterinya sama, perbezaan ketara terletak pada aksesori dan ciri keselamatan:
- Geely EX2 Pro: Dipasangkan dengan lampu hadapan LED automatik, 4 beg udara, tempat duduk hadapan larasan manual, lampu ambien 'cityscape' dan ruang simpanan hadapan (frunk) 70 liter.
- Geely EX2 Max (Varian Tertinggi): Ditambah dengan ciri kerusi pemandu larasan automatik, 6 beg udara, serta sistem bantuan pemandu ADAS yang lengkap termasuk brek kecemasan autonomi (AEB) dan kawalan pelayaran adaptif (ACC).
Adakah Proton e.MAS 5 Lebih Hebat Berbanding EX2 Indonesia?
Walaupun harga di Indonesia lebih rendah, Proton e.MAS 5 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan dari segi kelengkapan standard:
- Bukaan But Belakang Automatik: Ciri ini adalah standard pada e.MAS 5, yang ditawarkan pada EX2.
- ADAS Standard: Varian asas e.MAS 5 Prime sudah dilengkapi dengan beberapa fungsi ADAS, tetapi pada EX2 pula, ADAS hanya disediakan pada varian tinggi, Max.
Di Mana Geely EX2 Indonesia Dipasang?
Berbeza dengan unit di Thailand, Geely EX2 di Indonesia dipasang secara tempatan (CKD) di kilang PT Handal Indonesia Motor, Jawa Barat. Ia dipasang bersama-sama dengan model EX5 dan Starray EM-i (PHEV).
Terdapat enam pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Nebula Beige, Comet Grey, Star Silver dan Moon White. Warna Aurora Pink dan Stellar Blue pula ditawarkan eksklusif untuk varian tertinggi EX2 Max sahaja.
Juga Menarik: Geely EX2 Versi Facelift Muncul Di China, Apa Yang Berbeza?
Juga Menarik: Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2059
SELANGOR
BSU2919
JOHOR
JF4022J
PULAU PINANG
PSG2293
PERAK
APM120
PAHANG
CFH9518
KEDAH
KGJ3871
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4594
KUCHING
QAB7260P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

