ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1E1469B3D6A92B9455A19FD81619174D_low.jpg


Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini. 


Isu ini bukan sekadar melibatkan kerugian kewangan, malah menjadi punca utama gangguan perjalanan, kelewatan tren, serta risiko keselamatan yang menjejaskan jutaan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.


Ketua Pegawai Keselamatan Kumpulan, Idzqandar Abu Bakar, menegaskan bahawa setiap kes kecurian memaksa kerja pembaikan segera dilakukan ke atas sistem kritikal rel. 


Data terkini mendedahkan bahawa, trend jenayah ini melonjak dengan drastik sebanyak 68%, dengan 69 kes direkodkan setakat tahun 2025 berbanding hanya 41 kes pada tahun sebelumnya.


Mercedes-S-Class-Level-4-Self-Driving-Robotaxis-Debut-In-Abu-Dhabi-Mercedes-Benz-launches-Level-4-self-driving-S-Class-robotaxis-in-Abu-Dhabi-partnering-with-Chinese-software-firm-Momenta-(29).png


Kegiatan haram ini didorong oleh permintaan tinggi dan kenaikan harga pasaran tembaga yang memberikan hasil lumayan, menjadikan kabel rel sebagai sasaran buat sindiket. 


Impak jenayah ini turut merebak kepada operator pengangkutan lain dan syarikat telekomunikasi, sekali gus memberi implikasi besar terhadap kestabilan infrastruktur kritikal negara.


Bagi mengekang jenayah ini, Prasarana telah mengerahkan pelbagai strategi termasuk penggunaan anjing pengesan (K9) di Laluan Kajang dan Putrajaya, pemasangan CCTV berteknologi tinggi, serta rondaan bersama polis. Kerjasama erat dengan MRT Corp juga dilakukan bagi memperkukuh keselamatan fizikal di lokasi berisiko tinggi di sepanjang jajaran.


Walau bagaimanapun, Prasarana mengakui sukar untuk memantau jajaran rel sepanjang 200 kilometer secara tanpa sokongan ekosistem penguatkuasaan yang menyeluruh. 


Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan landasan kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran perkhidmatan rel negara.

Sumber: BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-12-2023
Berita Auto

09-12-2022
Berita Auto

06-12-2022
Berita Auto

11-11-2022
Berita Auto

09-11-2022
Berita Auto

23-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.