KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Langkah itu diambil selaras dengan kemajuan kerja Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa II (KVDT2).
KTMB berkata, jadual baharu terpakai bagi laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang–Tanjung Malim dan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang, bagi menyokong operasi yang lebih stabil hasil naik taraf landasan di bawah projek KVDT2.
"Perubahan ini dijangka meningkatkan kelancaran perjalanan tren, mengoptimumkan pergerakan sepanjang laluan terlibat, serta menyediakan perkhidmatan lebih konsisten kepada pengguna," kataya dalam satu kenyataan.


KTMB turut memaklumkan bahawa perkhidmatan bas ulang-alik bagi laluan Subang Jaya–Pelabuhan Klang dan stesen-stesen perantaraan yang terlibat tidak lagi disediakan dengan pelaksanaan jadual baharu ini.
Bagi memenuhi keperluan pengguna pada waktu puncak, perkhidmatan tren akan disediakan setiap 30 minit bagi laluan Pelabuhan Klang–Kuala Lumpur dan Tanjung Malim–Kuala Lumpur.
Dua perkhidmatan tren dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan satu ke Shah Alam diperkenalkan pada waktu pagi, termasuk melalui KL Sentral.
Kerja penyelenggaraan dan penutupan landasan akan diteruskan antara 11 pagi hingga 3 petang setiap hari, di mana tiada perkhidmatan tren penumpang bagi laluan Pelabuhan Klang–KL Sentral–Pelabuhan Klang.
Laluan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang pula mengekalkan kekerapan 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.
Dalam tempoh peralihan ini, operasi tren di sektor Pelabuhan Klang masih menggunakan satu landasan antara Stesen Abdullah Hukum dan Stesen Pelabuhan Klang, sementara kerja naik taraf penuh dijangka siap sepenuhnya pada 2029.
Jadual waktu baharu boleh disemak melalui aplikasi KITS STYLE atau laman sesawang rasmi KTMB, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi KTMB atau Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hari Krismas, Cuti Sekolah: KTMB Tambah 4 Lagi Perkhidmatan ETS
KTMB akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Hari krismas dan cuti sekolah.
21-11-2025
ETS, KTM Komuter Lewat Semuanya Sebab Kecurian Kabel
Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter lewat pada tahun ini disebabkan kecurian kabel.
21-11-2025
Komuter, ETS Lewat, Rupanya Disebabkan Kecurian Kabel Lagi
Kecurian sepanjang 350 meter mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).
10-06-2025
Penumpang Terkandas: KTMB Tawar Diskaun 50% Untuk Semua Penumpang Di Lembah Klang
Gara-gara operasi tren lewat, KTMB menawarkan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50% bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.
03-06-2025
MOT Cadang Perkenal KTM Komuter di Johor, Sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan komuter sebagai sokongan kepada Projek Rapid Transit System Link (RTS Link).
26-04-2024
Semua 80 Stesen KTM Komuter Kini Boleh Guna Kad Debit, Kredit, E-Dompet
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah merasmikan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
09-02-2024
Diskaun Sehingga RM6 SETIAP HARI Untuk Pengguna KTM, Ini Caranya...
Berita baik untuk pengguna perkhidmatan keretapi KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity!
15-09-2023
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat