Semua 80 Stesen KTM Komuter Kini Boleh Guna Kad Debit, Kredit, E-Dompet
-full_normal.webp)
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah merasmikan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sistem ini kini tersedia di semua stesen Lembah Klang dan stesen Komuter Utara, termasuk Ipoh, merangkumi 80 stesen.
Loke menyatakan bahawa pelancaran sistem ini membolehkan pengguna membuat pembayaran perjalanan dengan mudah menggunakan kad debit, kad kredit dan pembayaran digital e-dompet di pintu kawalan automatik. Proses ini hanya mengambil masa satu hingga lima saat.
-full_normal.webp)
Beliau menambah bahawa sistem ini hanya untuk kemudahan komuter dan tidak termasuk ETS, kerana ETS memerlukan pembelian secara dalam talian untuk pemilihan tempat duduk tertentu.
Loke juga menyatakan bahawa pihaknya kini dalam perbincangan untuk menyediakan perkhidmatan ETS tambahan di luar musim perayaan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
-full_normal.webp)
Sementara itu, Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob pula menyatakan bahawa perkhidmatan intercity telah merekodkan peningkatan yang ketara, dan melalui inisiatif pendigitalan ini, mereka yakin dapat menarik lebih ramai pengguna atau pelancong ke negeri ini.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Bagi menyokong landskap pendigitalan negara, KTMB juga memperkenalkan program kesetiaan 'Rail Rewards' yang menawarkan mata ganjaran bagi setiap pembelian tiket menerusi aplikasi 'KTMB Integrated Ticketing System' (KITS).
"Mata ganjaran ini kemudiannya boleh ditebus untuk pembelian tiket tren yang seterusnya.
"Selanjutnya, aplikasi KITS akan memasuki fasa pengembangan seterusnya pada suku kedua 2024, menjadi platform Mobility As A Service (MaaS) SuperApp, yang akan menyediakan berbilang perkhidmatan nilai tambah, termasuk tempahan penginapan, makanan, perkhidmatan kewangan dan jaringan pengangkutan perbatuan awal dan akhir," katanya.
Sumber: BERNAMA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY1353
SELANGOR
BSU9718
JOHOR
JH2803J
PULAU PINANG
PSH3496
PERAK
APM8570
PAHANG
CFJ3853
KEDAH
KGJ7793
NEGERI SEMBILAN
NEM5634
KOTA KINABALU
SJV1421
KUCHING
QAB9804P
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala
Pegawai dan kakitangan polis bantuan kini ditempatkan di koc wanita bagi mengelakkan insiden pencerobohan yang kerap berlaku.
03-09-2024
Perubahan Jadual KTM Komuter Batu Caves ke Pulau Sebang - 29 Mei & 3 Jun
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan perubahan jadual operasi.
26-05-2023
Operasi KTM Komuter Kajang 2 Bakal Bermula
Operasi stesen KTM Komuter Kajang 2 bakal bermula pada bulan ini.
10-03-2023
Pas Perjalanan Percuma KTMB Untuk Pelajar Sekolah & OKU
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melancarkan pas perjalanan tanpa had MyRailLife.
17-02-2023
KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026
KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.
15-12-2025
Hari Krismas, Cuti Sekolah: KTMB Tambah 4 Lagi Perkhidmatan ETS
KTMB akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Hari krismas dan cuti sekolah.
21-11-2025
ETS, KTM Komuter Lewat Semuanya Sebab Kecurian Kabel
Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter lewat pada tahun ini disebabkan kecurian kabel.
21-11-2025
Komuter, ETS Lewat, Rupanya Disebabkan Kecurian Kabel Lagi
Kecurian sepanjang 350 meter mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).
10-06-2025
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
