ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lagi Kes Minyak Campur Air Di Stesen Minyak Sama

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki mendedahkan isterinya menjadi mangsa selepas kereta dinaiki rosak teruk selepas mengisi petrol didakwa bercampur dengan air di sebuah stesen minyak di Nilai.

Menerusi hantaran di akaun Thread @Sifugoogleads, dia berkata akibat kejadian itu, kereta isterinya terpaksa ā€˜berkampung’ di bengkel selama hampir tiga minggu.

Katanya, kerosakan bermula sebaik sahaja isterinya mengisi minyak di sebuah stesen di Nilai sebelum kereta mula tersedu-sedu kurang dua kilometer dari pam minyak dan terus mati di tepi jalan.

Kenderaan itu kemudian dihantar ke pusat servis sebelum mekanik mengesahkan ada campuran air dalam minyak yang menyebabkan masalah pada enjin.

ā€œMasuk pusat servis, pomen cakap betul ada air dalam minyak. Tapi sebelum tu pomen tanya betul ke isi RON95? Bukan diesel?

ā€œHaa disinilah mujur abang simpan resit. Betul ya RON95 dan jadi bukti kuat yang kereta rosak sebab isi minyak,ā€ katanya.

Susulan itu, pemilik berkenaan membuat laporan di stesen minyak terbabit dan dimaklumkan sudah 19 orang datang membuat tuntutan kerosakan dengan punca sama.

ā€œPergi buat laporan kat stesen, rupanya dah 19 orang tuntut benda yang sama. Pemilik stesen pula nak bayar sebahagian saja,ā€ dakwanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan satu lagi kejadian tular apabila seorang wanita mendakwa keretanya mati di tengah jalan selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Nilai, sebelum mekanik mengesahkan tangki minyak dipenuhi air.

Ketika itu difahamkan, hampir 10 pemilik kenderaan tampil membuat laporan dan tuntutan pampasan, manakala stesen terbabit ditutup untuk kerja penyelenggaraan.


Berita: KOSMO





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

Ā© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.