Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.
Berdasarkan laman web rasminya, SUV mewah tiga barisan tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian berkuasa V6, dengan harga bermula daripada RM780,000 untuk GX 550 Overtrail dan RM830,000 untuk GX 550 Luxury+.
Bagaimanapun, harga yang dinyatakan itu tidak termasuk insurans, selain didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had.


Difahamkan, pembeli di Malaysia tidak menerima varian enjin hibrid turbo 2.4 liter, memandangkan GX spesifikasi tempatan ini dikuasakan oleh enjin petrol V6 twin-turbo 3.5 liter yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 349 hp dan 650 Nm.
Dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) , GX 550 dikatakan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa tujuh saat walaupun kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 175 km/j.

Sama seperti kembar Toyotanya, GX 550 baharu ini menggunakan platform GA-F Toyota. Ia menampilkan dwi-wishbone di hadapan dan multi-link di belakang. Selain itu, SUV ini juga mengguna pakai sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) baharu.


Jika anda memilih varian Overtrail, anda akan mendapat komponen mekanikal tambahan seperti kunci diferensial belakang, Sistem Suspensi Dinamik Elektronik-Kinetik (E-KDSS), serta sistem Multi-Terrain Select (MTS), dengan pilihan mod pemanduan Dirt, Sand, Mud, Rocks dan Auto, dan qjelajah off-road Crawl Control.
Bagi varian Luxury+, ia tidak mempunyai ciri off-road tersebut dan menggantikannya dengan diferensial gelincir terhad Torsen yang lebih konvensional, pemilih mod pemanduan, dan peredam adaptif.


Dari segi reka bentuk, GX generasi ketiga ini mengekalkan bentuk SUV berkotak seperti Toyota Land Cruiser Prado 250 baharu dengan sentuhan identiti Lexus. Ia hadir dengan gril hadapan spindle signatur Lexus, unit lampu LED yang tajam dengan DRL berbentuk L dan banyak lagi.
Varian Overtrail turut menerima elemen rekaan berinspirasikan off-road seperti bampar yang lebih agresif dengan plat skid logam, rel bumbung, rim aloi aluminium 18 inci bersama tayar semua medan. Luxury+ pula menggantikan tayar off-road itu dengan rim lebih besar bersaiz 22 inci.
GX 550 Luxury+ ditawarkan dengan sehingga enam pilihan warna luaran, manakala Overtrail menawarkan empat pilihan, termasuk warna istimewa Moon Desert.


Menjengah bahagian kabinnya, GX menerima kabin yang jauh lebih premium berbanding Prado, kerana ia menampilkan konsep kabin Tazuna Lexus yang dihiasi kemasan veneer kayu Tsuyasumi tiruan.
Ia juga didatangkan dengan kluster meter digital 12.3 inci, sistem infotainmen tengah 14 inci tanpa kawalan fizikal ‘Remote Touch’, sistem penyaman udara dua zon dengan Lexus Climate Concierge, serta sistem bunyi Pioneer untuk Overtrail atau sistem audio Mark Levinson Premium 23 pembesar suara yang lebih mewah untuk Luxury+.


Mengenai tempat duduknya, Overtrail menerima tempat duduk hadapan berkuasa, ada fungsi pemanasan dengan memori sisi pemandu, dibalut upholsteri kulit tiruan. Seperti biasa, Luxury+ meningkatkan tahap kemewahan dengan sokongan lumbar dan pelarasan perehat kepala empat arah untuk kedua-dua tempat duduk hadapan sambil mengekalkan konfigurasi tiga baris dengan tujuh tempat duduk.


Dari segi keselamatan, GX baharu hadir dengan tujuh beg udara, sistem ADAS Lexus Safety System+ yang merangkumi fungsi seperti brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi berhenti, pemantauan titik buta (BSM), dan sebenarnya banyak lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD7330
SELANGOR
BSR1710
JOHOR
JYB3950
PULAU PINANG
PSD3423
PERAK
APJ4267
PAHANG
CFG8759
KEDAH
KGG6703
NEGERI SEMBILAN
NEK7426
KOTA KINABALU
SJS5734
KUCHING
QAB632P
Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat