ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui


MB-GLE400e_-(1).jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) terus mengukuhkan segmen elektrifikasi premium dengan pelancaran rasmi SUV Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic dengan teknologi hibrid EQ. Model hibrid plug-in (PHEV) ini diperkenalkan untuk  menarik minat pembeli yang mencari mendambakan prestasi dan kemewahan, tetapi pada masa sama mahukan keupayaan pemanduan elektrik tulen untuk kegunaan harian.


Sejauh Manakah Prestasi Yang Dijanjikan GLE 400 e 4Matic?


GLE 400 e 4Matic dikuasakan oleh sistem PHEV generasi baharu yang menggabungkan enjin 2.0 liter berpengecas turbo empat silinder (252 hp/400 Nm), motor elektrik (115 kW/440 Nm) dan bateri lithium-ion 31 kWj. Sistem trenkuasa hibrid ini secara keseluruhan menjana 381 hp dan tork 650 Nm. Kuasa disalurkan melalui sistem transmisi 9 kelajuan 9G-Tronic dan 4Matic AWD. Sistem trenkuasa ini membolehkannya memecut dalam masa sepantas 6.1 saat dengan kelajuan tertinggi 210 km/j. 


web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-20.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-15.jpg


Jentera dan enjin GLE 450 4Matic yang telah dipasarkan lebih awal di Malaysia.


Sebagai perbandingan, varian GLE 450 4Matic sedia ada menggunakan enjin petrol 6-silinder sebaris 3.0 liter dengan sistem hibrid ringkas (MHEV), menghasilkan 381 hp dan 500 Nm. Gandingan sistem pacuan semua roda 4Matic AWD dan sistem transmisi automatik 9 kelajuan membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat.


Dengan cas penuh, sistem ini mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 114 km (WLTP). Selain pengecasan AC 11 kW yang membolehkan bateri dicas dari 10% ke 100% dalam 2.5 jam, bateri ini juga boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 60 kW, membolehkan ia dicas dari 10% ke 80% dalam masa hanya 29 minit.


Apakah Yang Membuatkan GLE 400 e Menarik Dalam Segmen SUV Mewah?


595071824_1494836225982832_6433858489872214181_n.jpg

597009862_1494836232649498_2547141463458627880_n.jpg597150019_1494836159316172_8074086368241554427_n.jpg


Pelancaran GLE 400 e 4Matic memperkukuhkan kedudukan Mercedes-Benz sebagai peneraju dalam kenderaan elektrifikasi mewah. Model ini didatangkan dengan spesifikasi AMG Line luaran dan dalaman. Berikut adalah antara ciri menarik yang ditawarkan:

  • Rekaan Menawan Jiwa: Rim aloi ringan AMG 5-jejari berkembar 21 inci, lampu multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, ambang pintu yang bercahaya dll.
  • Kabin Mewah: Sistem infotainmen MBUX generasi kedua, skrin berkembar besar berukuran 12.3 inci, navigasi AR, tempat duduk belakang boleh laras secara automatik, streng sport dengan butang kawalan (kulit Nappa), pakej kawalan pendingin hawa THERMOTRONIC, pencahayaan ambien 64 warna dll.
  • Pakej Pemanduan: Pakej AIRMATIC (Suspensi udara pintar adaptif ADS+) yang meningkatkan keselesaan dan kestabilan, Driving Assistance Package Plus (termasuk Active Distance Assist DISTRONIC dengan Active Steering Assist, Evasive Steering Assist, dan Active Lane Keeping Assist), Pakej Parkir dengan kamera 360° dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC serta ciri off-road iaitu bonet lutsinar melalui kamera 360° untuk navigasi di laluan mencabar dll.

596154215_1494836109316177_837401499795286031_n.jpg595546614_1494836222649499_7817433026433903076_n.jpg


Dengan gabungan prestasi, kemewahan dan teknologi canggih yang ditawarkan GLE 400 e 4Matic dijangka menjadi pesaing hebat dalam segmen SUV PHEV di Malaysia yang kini dikuasai oleh model-model seperti  BMW X5, Volvo XC90 facelift, VW Touareg dan Audi Q7. 


Berapakah Harga GLE 400 e 4Matic Di Pasaran Malaysia?


597121030_1494836029316185_4503433711797288436_n.jpg


Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang ini dijual pada harga RM498,888 (atas jalan, tidak termasuk insurans). 

23C0093_116.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQD2659

SELANGOR

BSK7543

JOHOR

JYM5802

PULAU PINANG

PRW4740

PERAK

APD2789

PAHANG

CFE4193

KEDAH

KGD3916

NEGERI SEMBILAN

NEH8501

KOTA KINABALU

SJP2395

KUCHING

QAB7254M

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Gaya Hidup

11-11-2025
Kereta Baru

06-11-2025
EV

07-10-2025
Kereta Baru

18-09-2025
Kereta Baru

10-09-2025
Kereta Baru

10-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.