Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.
Seperti mana yang ditunjukkan dalam imej teaser sebelum ini, SUV EV yang dikemas kini ini menerima beberapa perubahan dari segi reka bentuk, termasuk penambahbaikan dalam kabinnya serta kemas kini dari segi mekanikal.
Perubahan paling ketara pada Ariya baharu terletak pada bahagian luaran, di mana SUV EV ini kini menampilkan wajah hadapan yang direka semula dengan rekaan hadapan yang lebih bersih tanpa gril, serta bampar hadapan yang dibentuk semula.


Bagi menampakkan ia lebih segar, Nissan mengambil inspirasi reka bentuk daripada Leaf EV baharu, khususnya lampu LED DRL berbentuk seakan-akan taring yang memanjang dari unit lampu utama LED.
Walaupun selebihnya kenderaan ini kekal tidak berubah berbanding model pra-facelift, Ariya baharu hadir dengan rim aloi 20 inci baharu yang diperbuat daripada gabungan bahan aluminium.


Selain itu, pembeli juga boleh memilih SUV EV ini dengan pilihan warna baharu Hisuinohikari, yang menggabungkan warna badan Plasma Green yang berani bersama warna Midnight Black yang kontras.
Menjengah bahagian kabinnya, Ariya yang dikemas kini mengekalkan susun atur dalaman yang sama seperti model terdahulu, namun dilengkapi dengan beberapa ciri material baharu.
Antaranya, sistem infotainmen NissanConnect yang dinaik taraf, kini beroperasi menggunakan seni bina perisian Google.
Ia kini terdiri daripada Navi-Link Battery Conditioning dan Intelligent Distance Control, selain perkhidmatan Google sedia ada.


Pereka Nissan turut menambah pilihan kemasan kulit baharu yang menampilkan tona hijau lembut dengan elemen kelabu cerah, bagi memberikan suasana kabin yang lebih tenang dan minimalis.
Dari segi mekanikal, Ariya facelift spesifikasi Jepun masih mengekalkan rangkaian trenkuasa yang sama seperti model sebelumnya, iaitu pilihan motor tunggal pacuan roda hadapan (FWD) serta dwi-motor e-4ORCE pacuan semua roda (AWD).
Versi e-4ORCE ini menghasilkan kuasa sehingga 389 hp (290 kW) dan tork 600 Nm.
Nissan juga mengekalkan pilihan bateri sedia ada berkapasiti 66 kWh (B6) dan 91 kWh (B9), dimana ia mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 640 km berdasarkan piawaian WLTC.

Apa yang ditambah baik untuk Ariya baharu ialah talaan suspensi, yang telah dioptimumkan khusus untuk keadaan jalan di Jepun, dengan penekanan tambahan terhadap keselesaan bagi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih tenang.

Dikhabarkan, model tahun 2026 ini turut melibatkan versi lebih sporty, iaitu Ariya Nismo. Namun, ia tidak menerima perubahan visual kecil seperti versi biasa, sebaliknya hanya mendapat penambahbaikan kabin yang sama.
Nissan Ariya facelift 2026 yang dikemas kini dijual pada harga bermula 6.6759 juta yen (RM173,759) untuk varian asas B6 FWD, dan 8.0729 juta yen (RM210,120) bagi varian tertinggi B9 e-4ORCE.
Bagaimanapun, harga bagi Ariya Nismo yang dikemas kini akan diumumkan pada masa terdekat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB6385
SELANGOR
BSQ6320
JOHOR
JYY1849
PULAU PINANG
PSC8202
PERAK
APH9865
PAHANG
CFG7205
KEDAH
KGG4153
NEGERI SEMBILAN
NEK5979
KOTA KINABALU
SJS2967
KUCHING
QAB9529N
Terakhir Kemas Kini 11 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM
Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
19-06-2025
Nissan Ariya Nismo, EV Paling Padu?
Nissan Ariya Nismo turut didedahkan sempena TAS 2024, baru-baru ini
16-01-2024
Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih
Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.
14-10-2025
Berita Terkini
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat