- Berita
- Berita Auto
- Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual
Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui pihaknya menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dari seluruh negara.
"Untuk itu, kami menambah beberapa lokasi cawangan lagi supaya pelanggan boleh membuat pandu uji dan menempah Perodua QV-E.

"Malah, kami juga telah membuka tempahan secara manual untuk memudahkan proses tempahan," katanya.
Berikut adalah lokasi cawangan PERODUA:

Mengulas lanjut mengenai tempahan Perodua QV-E, beliau berkata, pihaknya sebelum ini, telah meminta pelanggan membuat tempahan menerusi super-app P-Circle.
"Namun berdasarkan maklum balas yang kami terima, pelanggan meminta untuk pilihan tempahan secara manual,” ujarnya.
Bagi memudahkan urusan pemilikan QV-E, pihak Perodua juga telah meringkaskan terma dan syarat untuk program sewaan bateri, Battery-as-a-Service (BAAS) dengan menjelaskan terma dan syarat dalam bentuk infografik.

Bagi yang masih keliru, BAAS ialah perkhidmatan bebas yang bertujuan untuk melindungi pelanggan dan alam sekitar. Ia mengenakan langganan sebanyak RM275 (harga tetap) setiap bulan untuk tempoh 108 bulan (9 tahun).
Perodua telah menetapkan harga siling langganan sebanyak RM275 untuk memastikan pelanggan dilindungi daripada kenaikan harga pada masa hadapan.
Selain itu, bateri itu akan diselenggara sepenuhnya oleh Perodua sebagai sebahagian daripada pakej yang direka untuk memberikan ketenangan minda walaupun selepas melepasi tempoh 9 tahun.

Perodua juga akan memberikan bantuan pentadbiran untuk menukar langganan BAAS kepada pemilik baharu.
Misalnya, jika pemilik sedia ada berhasrat untuk menjual QV-E, mereka perlu memaklumkan Jabatan Pre-Owned Vehicle Perodua untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai program langganan berkenaan dan mendaftar nama pemilik baharu.

Bayaran langganan selama 108 bulan itu juga boleh dipindahmilik, yang mana jika pemilik sedia ada sudah membuat bayaran selama 50 bulan, pemilik baharu hanya perlu meneruskan langganan selama 58 bulan di bawah pelan yang sama.
Seperti mana yang ditegaskan Perodua sebelum ini, program BAAS adalah komitmen Perodua dalam menyediakan keselesaan kepada penggunanya, selain memelihara alam sekitar dengan mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan bateri kenderaan EV.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat