Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Sebelum melabuhkan tirai tahun 2025, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

Untuk makluman, Perodua Traz hadir dalam dua varian, X dan H dimana harganya ditawarkan bermula daripada RM76,100 hingga RM82,000 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans).
Crossover segmen B ini yang diposisikan di atas Ativa dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B). Perodua Traz ini dijana dengan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat-silinder NA yang mana kedua-dua varian mampu menghamburkan kuasa setakat 78 kw(105 hp) dan tork 138Nm. Enjinnya digandingkan dengan transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).

Dari segi dimensi, Perodua Traz berukuran 4,310 mm (Panjang), 1,770 (Lebar), 1,655mm (Tinggi), manakala jarak roda pula 2,620mm, sekali gus meletakkannya hampir dengan SUV segmen B+ dan menghampiri saiz beberapa SUV segmen C.
-(1).jpeg)
Sementara itu, jarak kelegaan tanahnya pula 210 mm.
Menjengah bahagian luarannya, rupa SUV seakan-akan sama dengan Toyota Yaris Cross kerana lampu hadapannya jenis nipis manakala kemasan krom pula melengkung ke belakang berhampiran tiang C selain hadir dengan gril heksagon.
Bahagian kabinnya pula, ia menawarkan kemasan yang cukup minimalis, terdapat skrin multimedia bersaiz 9 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, TFT 4 2 inci serta ruang butnya seluas 471 liter.
-(1).jpeg)
.jpeg)
Apa yang menarik tentang Traz ialah, pintu belakangnya hadir dengan kick sensor, perehat tangan di bahagaian belakang terdapat dua pemegang cawan, ada Welcome Lampu, Brek Parkir Elektronik, port pengecas USB untuk penumpang belakang (Type C), ada perakam digital DVR, sistem penghawa dingin dan pandangan panaromik 360 darjah.
Dari segi keselamatan ia hadir dengan Sistem Bantuan Keselamatan A.S.A yang terdiri daripada enam beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan dengan Bantuan Brek, Amaran Pra Pelanggaran, Brek Pra Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, sensor kamera depan,sensor selekoh, kamera undur, Amaran Trafik Lintasan Belakang dan banyak lagi.
-(1).jpeg)
Kesemua varian ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Cranberry Red, Glittering Silver, Ivory White dan Granite Grey namun varian H akan hadir dengan warna Electric Blue dan Glittering Silver dan ditawarkan dengan dwi tona (bumbung hitam), manakala varian X hanya satu tona.
Ketibaan Perodua Traz dijangka akan bersaing secara langsung dengan dua nama besar dalam segmen SUV B di Malaysia seperti Honda HR-V dan Proton X50.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6151
SELANGOR
BST8114
JOHOR
JE4681J
PULAU PINANG
PSF6548
PERAK
APL5631
PAHANG
CFH7695
KEDAH
KGJ1759
NEGERI SEMBILAN
NEL9174
KOTA KINABALU
SJU1845
KUCHING
QAB5848P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Berita Terkini
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat