ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sistem trafik AI Jambatan Kedua Pulau Pinang Kesan Tabiat Pemanduan Pengguna Dari Jauh

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) selaku pemegang konsesi dan pengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan pelaksanaan Sistem Pengurusan Trafik Pintar berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

JKSB menerima pengiktirafan dalam dua kategori iaitu Teknologi AI Terbanyak Dilaksanakan di Jambatan Lebuhraya dan Jambatan Lebuhraya Pertama Melaksanakan Teknologi AI bagi Operasi Lebuh Raya di jambatan sepanjang 24 kilometer itu.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Datuk Faisal Shahbudin, berkata sistem yang mula dilaksanakan sejak 2023 dan siap sepenuhnya hujung tahun lalu itu dilengkapi 32 set Televisyen Litar Tertutup (CCTV) berteknologi tinggi yang boleh mengesan dan merakam pergerakan setiap satu kenderaan yang menggunakan JSAHMS mengikut masa nyata.

"Terdapat pelbagai variasi (CCTV) dan kesemuanya adalah kamera definisi tinggi (HD) yang mampu merakam sudut 360 darjah dan turut disokong telefon kecemasan berkamera yang boleh mengesan sama ada kenderaan itu dipandu laju atau terlalu perlahan atau kenderaan yang dipandu secara melawan arus.

"Teknologi itu juga boleh mengesan pejalan kaki dan kami akan memberi amaran melalui sistem pembesar suara untuk meminta mereka beredar. Pernah berlaku ada pengguna yang turun dari kenderaan untuk mengambil gambar dan semua maklumat ini dihantar terus ke pusat kawalan operasi utama.

image.png

"Jika mereka enggan beredar, kami akan mengerahkan pasukan peronda dan polis bantuan ke lokasi tersebut dengan tempoh tindak balas sepantas lima hingga 10 minit," katanya pada sidang media selepas menerima pengiktirafan itu .


Penyerahan anugerah oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selain turut dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Sazali Harun dan Pengerusi JKSB, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Faisal berkata, teknologi itu juga turut mampu mengesan pemandu menggunakan telefon bimbit atau tidak memakai tali pinggang keledar, namun jika cermin kenderaan terlalu gelap atau tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sistem mungkin tidak merakam dengan jelas tingkah laku sedemikian.

Beliau menjelaskan, buat masa ini objektif sistem berkenaan adalah untuk memantau aliran trafik dan pihaknya terbuka dan sedia bekerjasama jika pihak berkuasa mahu menggunakan sistem itu untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang pada masa akan datang.

Sementara itu, Kon Yeow dalam ucapannya berkata, volum trafik di JSAHMS meningkat secara stabil sejak pembukaannya lebih sedekad lalu daripada hanya tiga juta kenderaan pada tahun-tahun awal kepada lebih 17 juta kenderaan setahun ketika ini.

"Apabila volum trafik terus meningkat, sistem ini akan membantu menguruskan trafik dengan lebih cekap, membolehkan tindak balas insiden yang lebih pantas, dan yang paling penting, meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna jalan raya," katanya.


*Sumber berita: Berita Harian.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7926

SELANGOR

BSP7495

JOHOR

JYW2126

PULAU PINANG

PSC476

PERAK

APH2743

PAHANG

CFG4280

KEDAH

KGF7189

NEGERI SEMBILAN

NEK3364

KOTA KINABALU

SJR7558

KUCHING

QAB7231N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

03-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir

Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.

08-05-2026
Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.

08-05-2026
Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.