Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Nampaknya, butiran lanjut mengenai varian hibrid plug masuk (PHEV) Lotus Eletre sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.
Ia yang dikenali sebagai sebagai Lotus Eletre “For Me” dikatakan bakal menjadi model PHEV pertama jenama itu, dimana pelancaran akan dibuat pada suku pertama tahun 2026.
Menurut laporan CarNewsChina, Eletre PHEV menggunakan platform 900-volt baharu yang sama seperti Zeekr 9X.
Dikhabarkan, Eletre PHEV menggunakan pek bateri ternari NMC 70 kWh yang dibangunkan bersama CATL. Untuk itu, ia mampu memberikan jarak pandu elektriknya sejauh 355 km berdasarkan piawaian CLTC.

Model ini disumbat dengan enjin turbo 4-silinder 2.0 liter yang sama seperti pada Zeekr 9X yang mana ia, mampu menghasilkan sehingga 275 hp (205 kW).
Selain menyalurkan kuasa tambahan, enjin tersebut juga boleh bertindak sebagai penjana kepada bateri, dimana Geely mendakwa baterinya boleh dicas dari 30% ke 80% hanya dalam masa 90 minit ketika memandu pada kelajuan sehingga 120 km/j.

Walaupun tiada butiran diberikan mengenai konfigurasi motor elektriknya, Eletre PHEV berkemungkinan akan menggunakan motor yang sama seperti model Zeekr.
Untuk makluman, Zeekr 9X Hyper versi tertinggi menampilkan tiga motor elektrik dengan gabungan output sehingga 1,381 hp (1,030 kW), sekali gus mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j, kurang daripada tiga saat.

Secara visual, imej awal menunjukkan bahawa Eletre PHEV mengekalkan elemen reka bentuk yang sama seperti versi BEV kerana ia hadir dengan spoiler belakang, gril hadapan aktif dengan liang berbentuk kelopak, dan banyak lagi.
Imej tersebut juga menunjukkan bahawa Eletre PHEV akan dilengkapi sistem LiDAR pada bumbung, manakala tertera lencana “For Me” pada pintu belakang yang mana ia membantu membezakannya daripada versi EV.
Seperti disebutkan, Lotus Eletre PHEV akan membuat penampilan global di China pada suku pertama tahun depan, sebelum memasuki pasaran Eropah pada separuh pertama 2026.
Pengenalan varian PHEV ini merupakan sebahagian daripada perancangan transformasi Lotus untuk memperkenalkan varian PHEV pada semua modelnya menjelang tahun 2028.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge