SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi telah ‘memeriahkan’ lagi tawaran SUV premiumnya dengan pengenalan rasmi varian baharu bagi S-Class, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic. Model generasi X254 ini kini tiba sebagai varian peringkat asas baharu, diletakkan di bawah model GLC 300 4Matic yang telah dilancarkan sebelum ini.
Pelancaran GLC 200 4Matic yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang ini bertujuan untuk menjadikannya di dalam jangkauan lebih ramai pembeli.
Sejauh Manakah Kemampuan GLC 200 4Matic?

Varian baharu ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter berpengecas turbo (kod M254) bersama sistem hibrid ringkas (MHEV) 48 volt, sehingga mampu mencecah kuasa sehingga 204 hp dan tork 320 Nm.
Walaupun ia adalah sebuah model asas, ia masih dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic Mercedes-Benz bagi memastikan cengkaman dan kestabilan yang baik dalam pelbagai keadaan pemanduan. Sistem transmisi yang digunakan ialah 9G-TRONIC.
Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat, dengan kelajuan maksimum 221 km/j.
Apakah Ciri Menarik Yang Ditawarkan Pada GLC 200 4MATIC?




Walaupun ia adalah model asas, GLC 200 4MATIC dilengkapi dengan pelbagai ciri premium dan teknologi terkini:
- Reka Bentuk Sporty: Didatangkan dengan pakej AMG Line luaran, termasuk rim aloi ringan AMG 5-jejari 20 inci, ambang pintu yang bercahaya dan rel bumbung aluminium.
- Kabin Mewah: Kabin dilengkapi dengan pakej AMG Line, upholsteri kulit ARTICO, stereng sukan multifungsi dalam kulit nappa, kemasan kayu Anthracite, paparan pemandu resolusi tinggi 12.3-inci dan skrin sentuh tengah 11.9-inci untuk sistem MBUX, MBUX Navigation Premium, MBUX Augmented Reality Navigation, pad pengecas tanpa wayar, kawalan pendingin hawa THERMATIC
- Ciri Keselamatan & Bantuan: Pakej Parkir dengan kamera 360 darjah dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, pandangan bonet lutsinar melalui kamera untuk memudahkan navigasi off-road, sistem keselamatan aktif (Active Lane Keeping Assist, Blind Spot Assist dan Active Brake Assist) dll.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Keselesaan pemanduan ditingkatkan dengan kehadiran sistem suspensi AGILITY CONTROL. Sistem ini menggunakan redaman selektif pasif yang berfungsi secara automatik mengikut keadaan permukaan jalan.
Berapakah Harga GLC 200 4Matic Di Pasaran Malaysia?

Dengan kedudukannya sebagai varian peringkat permulaan dalam keluarga X254, GLC 200 4Matic ditawarkan pada harga hanya RM329,888, atas jalan, tidak termasuk insurans.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP6842
SELANGOR
BST6169
JOHOR
JE796J
PULAU PINANG
PSF4776
PERAK
APL4181
PAHANG
CFH7030
KEDAH
KGJ371
NEGERI SEMBILAN
NEL7951
KOTA KINABALU
SJU480
KUCHING
QAB5461P
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat