Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
-full_normal-full_normal.jpg)
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain, pengeluar kenderaan bekerja keras memenuhi permintaan tertunggak, manakala pembeli kenderaan elektrik (EV) berpusu-pusu mengejar tarikh akhir insentif cukai pada hujung Disember ini.
Perlukah Pembeli EV Berpusu-pusu Daftar Kenderaan Sebelum 31 Disember?
Ramai pembeli bimbang mengenai tarikh tamat pengecualian cukai bagi EV import (CBU). Walau bagaimanapun, MAA telah memberikan penjelasan untuk meredakan keadaan.
Dalam kenyataannya, MAA berkata, kenderaan CBU yang layak menerima insentif adalah unit yang tiba di Malaysia selewat-lewatnya 28 Disember, bukannya perlu didaftarkan sebelum tarikh tersebut.
Adakah Harga Kereta Akan Melambung Tinggi Selepas Jun 2026?
Satu lagi perkara yang menjadi kerisauan adalah stuktur cukai eksais baharu. Dalam hal ini, kerajaan dilaporkan telah menangguhkan pelaksanaan cukai baharu tersebut sehingga Jun 2026. Dengan penangguhan ini, pembeli tidak perlu membayar cukai tambahan ke atas kos operasi syarikat atau margin keuntungan jualan untuk model pemasangan tempatan (CKD).
Buat masa ini, MAA dan syarikat pengeluar sedang berbincang untuk memastikan agar pengiraan kos adalah adil merentasi pelbagai model perniagaan.
Menurut Mohd Shamsor, perkara ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kenaikan harga secara mendadak dan mengekalkan kestabilan harga pasaran kenderaan sehingga tahun 2026.
Sejauh Mana Pencapaian EV Malaysia Berbanding Negara Jiran?
Walaupun nampak meriah, penembusan EV di Malaysia sebenarnya masih di belakang Thailand dan Indonesia dengan perbezaan sekitar 4%.
Sehingga September, EV hanya menyumbang 5.5% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV). Jika dicampur dengan kenderaan hibrid (xEV), angkanya meningkat kepada sekitar 8–9%.
Apakah Kenderaan Yang Bakal Jadi Tumpuan Ramai?
Pembeli dijangka beralih kepada model CKD yang lebih kompetitif harganya, manakala mereka yang mahukan jarak gerak jauh tetap akan memilih model hibrid.

Bagi golongan yang sensitif kos, kereta enjin petrol (ICE) tetap jadi pilihan utama selagi harga petrol RON95 kekal rendah dengan kuota bulanan 300 liter yang cukup bagi ramai pengguna.
Adakah Kerajaan Akan Mengumumkan Insentif Pengganti Untuk Pengecualian Cukai EV CBU?
Ini adalah persoalan yang paling dinantikan oleh peminat EV. Walaupun tahun 2025 hampir melabuhkan tirai, masih tiada pengumuman rasmi mengenai insentif baharu bagi menggantikan pelepasan cukai sedia ada yang bakal tamat.
Walaupun sebelum ini bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memberi jaminan bahawa MITI dan Kementerian Kewangan sedang berbincang, rakyat masih lagi dibiarkan ‘berteka-teki’ mengenai hala tuju sebenar kadar cukai EV CBU bermula Januari 2026.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran
Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?
23-07-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?
Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.
30-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai
Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
23-12-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024
Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
19-09-2024
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)