Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.
Fasiliti yang berkeluasan 45,000 meter persegi ini disokong oleh pelaburan melebihi USD290 juta (RM1.2 bilion) dan dibangunkan dengan kepakaran keselamatan daripada anak syarikat Geely, Volvo.
Lebih menarik, pusat ujian ini tidak hanya menumpukan kepada aspek perlindungan pelanggaran, sebaliknya memperluaskan ujian keselamatan kepada keselamatan siber, privasi data, keselamatan bateri dan rangkaian kuasa tenaga baharu, serta perlindungan kesihatan manusia.

Pusat ujian ini ditubuhkan untuk mengecapi matlamat sifar korban, sifar risiko kesihatan, sifar kerugian harta benda dan sifar kebocoran privasi.
Bagi mempamerkan keupayaannya, Geely telah mengadakan ujian pelanggaran dengan menggunakan dua kenderaan Lynk & Co 900 semasa majlis perasmian.
Pihak syarikat terbabit menegaskan keupayaan kemudahan ini dalam mengendalikan isu keselamatan dunia yang sebenar.
Berdasarkan media tempatan China, fasiliti menempatkan pelbagai makmal khusus, bermula daripada simulasi pemanduan bantuan dan perlindungan pejalan kaki hinggalah kepada ujian rangkaian kenderaan dan keselamatan siber.

Pusat Keselamatan Geely ini sebenarnya telah mencipta lima Rekod Dunia Guinness, termasuk makmal keselamatan automotif terbesar, trek ujian pelanggaran dalaman terpanjang, terowong angin boleh laras altitud dan iklim terbesar untuk ujian kenderaan, serta zon ujian pelanggaran sudut bebas terbesar.
Geely menyatakan bahawa pusat ini tidak terhad kepada jenama mereka sahaja.
Sebaliknya, ia akan dibuka kepada industri automotif secara keseluruhan, dengan tujuan meningkatkan standard keselamatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat