Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid
-full_normal.jpg)
Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menjelaskan bahawa objektif utama BUDI95 adalah khusus untuk memastikan bantuan petrol sampai kepada kumpulan sasaran yang masih menggunakan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi urusan harian dan punca pendapatan.
-1-full_normal.jpg)
Menurut Datuk Seri Amir Hamzah, mengubah BUDI95 kepada insentif EV akan lari daripada matlamat asal skim tersebut.
Tujuan BUDI95 adalah untuk menghapuskan subsidi pukal dan menggantikannya dengan bantuan terus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
![]()
Tambah beliau, ramai pengguna masih bergantung sepenuhnya kepada petrol untuk sebagai sumber pendapatan atau untuk keperluan harian.
Dasar peralihan kepada EV dan hibrid sudah pun mempunyai rangka kerja sendiri di bawah Dasar Automotif Nasional dan pembangunan infrastruktur pengecasan, tanpa perlu mengganggu dana BUDI95.
-full_normal.jpg)
Mengenai BUDI95 untuk pemandu e-hailing, data setakat Disember 2025 menunjukkan lebih 106,000 pemandu e-hailing, atau kira-kira 65% daripada 164,000 pemandu berdaftar, layak menerima subsidi BUDI95 pada kadar 600 hingga 800 liter sebulan.
Kelayakan ini ditentukan berdasarkan jarak perjalanan bulanan yang dikumpul daripada semua pengendali e-hailing dan disahkan melalui rekod Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.
Bagi mengelakkan penyalahgunaan, pemandu wajib mengemukakan rekod perjalanan yang tepat dan lengkap kepada APAD dan LPKP pada setiap awal bulan. Pemandu yang gagal mencapai syarat minimum perjalanan pada bulan sebelumnya tidak akan menerima subsidi secara automatik.
Sumber: BERNAMA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5041
SELANGOR
BSU8742
JOHOR
JH539J
PULAU PINANG
PSH2619
PERAK
APM7612
PAHANG
CFJ3544
KEDAH
KGJ7329
NEGERI SEMBILAN
NEM5235
KOTA KINABALU
SJV587
KUCHING
QAB9546P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge