- Berita
- Berita Auto
- Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis
Video tular Pemandu Vellfire Rempuh Penunggang Motosikal, Akhirnya Sudah Ditahan Polis

Seorang pemandu Toyota Vellfire ditahan selepas dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga cedera dalam insiden yang tular berlaku di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Vikra Mathitthan berkata, lelaki tempatan berumur 18 tahun itu sudah ditahan
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan menghalang laluan sebuah MPV.
"Pemandu MPV didapati membunyikan hon sehingga telah berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara kedua-dua individu tersebut.
"Seterusnya pemandu MPV itu juga didapati telah melanggar penunggang motosikal sehingga menyebabkan kecederaan kepadanya dan kerosakan kepada kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, penunggang motosikal kini dirawat di Wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kerana mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan serta pendarahan di kepala.
Jelas beliau, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan isterinya yang merupakan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan ringan selepas diseret dalam kejadian berkenaan.
Tambahnya lagi, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, 506, 160 dan 182 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.
Sebelum itu, tular video dikongsi di media sosial memaparkan pemandu MPV jenis Toyota Vellfire berwarna hitam merempuh penunggang motosikal.
Dalam rakaman itu, turut kelihatan seorang wanita cuba menghalang tindakan pemandu berkenaan.
Bagaimanapun, kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum termasuk ke dalam longkang.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge