Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang. Acara selama dua hari yang berlangsung pada 22-23 Februari itu berjaya menghimpunkan sejumlah besar pemilik Ford Ranger Raptor serta peminat aktiviti lasak off-road yang ingin merasai sendiri kehebatan trak berprestasi tinggi itu.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti sesi pemanduan Hot Laps di laluan Baja, ujian pemanduan Ranger Raptor, serta kehadiran personaliti terkenal yang turut mencuba cabaran Hot Lap.
Menurut Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair, Raptor Rev bukan sekadar acara pemanduan biasa, tetapi satu platform untuk meraikan keunikan Ranger Raptor serta membina komuniti peminat off-road yang lebih kukuh.
Eksklusif untuk Pemilik Ranger Raptor
Pemilik Ranger Raptor yang berdaftar berpeluang menyertai sesi bengkel dan latihan off-road eksklusif. Antara cabaran yang disediakan termasuk latihan melompat dan meluncur (jumping & drifting), cabaran 4x4, serta mengikuti latihan pemanduan Baja yang penuh dengan cabaran.
Seorang pakar dari Ford Australia, Chris Dean, turut hadir bagi memberikan penjelasan mendalam tentang sistem suspensi FOX yang menjadi tunjang utama kemampuan off-road Ranger Raptor. Bengkel ini membantu peserta memahami bagaimana teknologi yang diinspirasikan daripada Baja (Baja-inspired) pada Raptor direka untuk menakluk permukaan mencabar pada kelajuan tinggi.
Kemeriahan untuk Semua Pengunjung
Bukan sekadar untuk pemilik Raptor, acara ini turut dibuka kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri kehebatan trak off-road ini. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat termasuk:
- Hot Laps – Peluang merasai keupayaan Baja Ranger Raptor dengan bimbingan pemandu profesional.
- Ujian Pemanduan – Pengunjung dapat memandu Ranger Raptor melalui laluan on-road dan off-road yang disediakan.
- Aktiviti Interaktif – Acara turut dimeriahkan dengan trak makanan, persembahan, serta hadiah menarik untuk dimenangi.
Empat personaliti terkenal, pelakon dan peminat automotif Ezzrin Loy, pemain bola sepak dan peminat 4x4, Intan Serah, bekas atlet boling kebangsaan Syaidatul Afifah, serta pelumba drift profesional Hee Wei Seng, turut mencuba Hot Lap bersama peminat bertuah.
BFGoodrich Perkasa Pengalaman Off-Road
Jenama tayar lasak terkenal, BFGoodrich, yang merupakan rakan utama acara ini, menampilkan pelbagai aktiviti teknikal serta bengkel khas mengenai pemilihan dan prestasi tayar off-road. Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri tayar baharu BFGoodrich KO3 yang menawarkan ketahanan dan prestasi luar jalan terbaik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ford dan acara masa depan, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.
Baca: Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang
Baca: Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ4350
SELANGOR
BSG142
JOHOR
JYC6487
PULAU PINANG
PRS1862
PERAK
ANX4126
PAHANG
CFC4586
KEDAH
KGB2712
NEGERI SEMBILAN
NEG4023
KOTA KINABALU
SJL5751
KUCHING
QAB6351L
Terakhir Kemas Kini 06 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Pusat 3S Ford Sudah Beroperasi
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, mengumumkan pihaknya telah membuka pusat pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu di Penampang, Sabah.
08-03-2023
Acara Ford Inner Circle Pertama M’sia Anjuran Sime Darby Auto ConneXion Khas Buat Pelanggan Ranger!
Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini telah mengadakan acara Ford Inner Circle yang bertemakan Krismas .
22-12-2022
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford
Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.
20-06-2024
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Berita Terkini
Masih Ramai Tak Pakai Tali Pinggang, 510 Pemandu, Penumpang Dikompaun
Pemandu seharusnya mengingatkan penumpang sebelum bas memulakan perjalanan.
06-07-2025
Jalan Ditutup Sempena AMM Ke-58 Bermula 8-11 Julai 2025, Rancang Perjalanan Anda!
Sebahagian jalan di Kuala Lumpur ditutup namun dilencongkan ke laluan lain.
04-07-2025
Trak Tentera Masuk Tasik, Rupanya Ada Masalah Brek
Tiga anggota tentera yang berada di dalam trak itu terselamat .
04-07-2025
Takungan Air Dalam Terowong, Punca Perkhidmatan Aerotrain Digantung
Gara-gara hujan lebat, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digantung sementara selama lebih sejam pada pagi tadi.
04-07-2025
Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam
Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.
04-07-2025
4 Penyamun Bersenjata Parang Tak Jadi Samun, Mangsa Lepaskan Das Tembakan
Empat penyamun bersenjatakan parang yang cuba menyamun seorang pemandu kereta terkejut besar apabila mangsa melepaskan beberapa das tembakan.
04-07-2025
Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.
04-07-2025
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat