ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Bayar Cukai Jalan Sejak 2002! Ini Alasan Pemilik...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

motosikal-disita.jpg

Setelah 23 tahun baru ‘terbongkar’ tiada cukai jalan, itulah salah satu daripada 15 motosikal yang telah disita oleh  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam satu operasi di Silibin, hari ini.

Motosikal Tidak Perbaharui Cukai Jalan Sejak 2002

Menurut Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, motosikal jenis Honda EX5 Dream itu ditunggang oleh seorang lelaki berusia 61 tahun, yang juga merupakan pemilik sebuah bengkel motosikal.

Hasil pemeriksaan rutin dan semakan oleh pihak JPJ mendapati bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal tersebut telah tamat tempoh sejak tahun 2002.

Lelaki warga emas berkenaan ditahan ketika operasi penguatkuasaan jalan raya di Jalan Silibin-Ipoh semalam. 

Alasan Pemilik

Ketika ditanya, pemilik motosikal itu mendakwa bahawa dia jarang menggunakan motosikal tersebut di jalan utama. Sebaliknya, motosikal itu hanya digunakan di sekitar kawasan taman perumahan sahaja.

Satu Kesalahan Serius

Menurut Yusoff, "Kesalahan ini adalah serius kerana LKM bukan sahaja bukti kenderaan sudah didaftarkan, tetapi juga memastikan pemilik membayar cukai jalan yang diperlukan serta memenuhi syarat keselamatan kenderaan.”

Tanpa cukai jalan atau LKM yang sah berisiko untuk tidak dilindungi insurans sekiranya terjadi kemalangan. Ini akan menyusahkan kedua-dua pihak terlibat, iaitu mangsa dan pemilik kenderaan sendiri. 

Pemilik motosikal tersebut akan dikenakan tindakan tegas kerana tidak mematuhi Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan semua kenderaan bermotor di jalan raya memiliki lesen kenderaan yang sah.

"Kesalahan tidak memperbaharui LKM boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya.

Sumber: BH

Baca: "Tak Boleh Perbaharui Lesen & Cukai Jalan Kalau Tak Selesai Saman Bermula Julai Ini." – JPJ

Baca: MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS4337

SELANGOR

BSN7256

JOHOR

JYU351

PULAU PINANG

PSB842

PERAK

APG3629

PAHANG

CFG246

KEDAH

KGF109

NEGERI SEMBILAN

NEJ9150

KOTA KINABALU

SJR1859

KUCHING

QAB4948N

Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik

JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.

08-03-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

26-09-2025
Berita Auto

23-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.