ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan, beberapa minggu selepas penampilan sulungnya  di Proton Tech Showcase. 

Digelar sebagai EV dwi-kuasa pertama Malaysia, SUV segmen-C hibrid plug-in (PHEV) ini ditawarkan dalam tiga varian dan mampu mencapai jarak perjalanan gabungan sehingga 1,065 km.

Ketiga-tiga varian tersebut dinamakan Prime, Premium dan Premium+, di mana dua varian terawal berkongsi pek bateri LFP 18.4 kWh daripada CATL, dimana  Proton mendakwa ia mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 105 km (NEDC). 

image.pngimage.png

Dari segi pengecasan, kedua-dua varian asas ini menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 30 kW, dengan pengecasan DC membolehkan tahap 30–80% dicapai dalam masa kurang daripada 20 minit.

Varian tertinggi e.MAS 7 PHEV Premium+ pula dilengkapi bateri LFP “Short Blade” Aegis 29.8 kWh keluaran Geely, yang mampu memberikan jarak pemanduan EV sahaja sehingga 170 km (NEDC).

Walaupun pengecasan AC masih terhad kepada 6.6 kW, varian Premium+ menerima pengecasan DC yang lebih pantas pada 60 kW, membolehkan pengecasan 30–80% diselesaikan dalam masa kurang 16 minit.

Kesemua model e.MAS 7 PHEV menggunakan rangkaian kuasa yang sama, iaitu enjin hibrid khusus EM-i 1.5 liter 4-silinder yang menawarkan kecekapan terma mendahului segmen pada 46.5%.

Enjin ini  mampu menghasilkan kuasa setakat  98 hp (73 kW) dan 125 Nm, dengan penggunaan bahan api serendah 4.3 liter bagi setiap 100 km. Bagi bahagian elektrifikasi pula, motor elektrik e.MAS 7 PHEV disepadukan ke dalam transmisi hibrid khusus 11-dalam-1 (DHT), yang dinilai pada 215 hp (160 kW) dan 262 Nm.

Secara keseluruhan, sistem PHEV ini menghasilkan 259 hp (193 kW) dan 262 Nm, manakala tangki petrol 51 liter membolehkan jarak pemanduan sehingga 1,000 km (NEDC) bagi dua varian lebih rendah dan sehingga 1,065 km (NEDC) bagi varian Premium+.

image.png

Seperti kebiasaan PHEV moden, e.MAS 7 PHEV hadir dengan tiga mod pemanduan berbeza iaitu  Pure, Hybrid dan Power.

Dalam mod Pure, kenderaan dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik dan bateri, memberikan pengalaman pemanduan seperti EV. Mod Hybrid pula bertukar secara lancar antara kuasa elektrik, petrol atau gabungan kedua-duanya untuk kecekapan optimum. Mod Power pula berfungsi hampir sama seperti Hybrid, tetapi lebih kepada prestasi.

Walaupun unit yang dipamerkan masih diselubungi dengan pelekat penyamaran, beberapa perincian reka bentuk e.MAS 7 PHEV boleh dikongsikan.

Misalnya, SUV PHEV ini kelihatan hampir serupa dengan versi elektrik sepenuhnya, e.MAS 7 EV, namun menampilkan beberapa elemen reka bentuk tersendiri untuk membezakannya.

image.pngimage.png

Melihat bahagian luaran varian Prime, ia hadir dengan  lampu hadapan LED penuh dengan kawalan lampu tinggi pintar (IHBC), lampu siang LED tajam, lampu belakang LED 3D lebar penuh, rel bumbung terbina dalam, cermin sisi berkuasa, serta rim 18 inci.

Varian Premium lebih menyerlah dengan jalur lampu penuh lebar di bahagian hadapan, pintu but berkuasa, cermin sisi lipat automatik dan rim lebih besar bersaiz 19 inci. Varian Premium+ pula menerima ciri tambahan bumbung panoramik dengan tirai matahari.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, e.MAS 7 PHEV sedikit lebih besar berbanding versi EV, dengan panjang 4,740 mm, lebar 1,940 mm dan tinggi 1,685 mm serta jarak roda 2,755 mm. Reka bentuknya yang besar turut menyediakan ruang but seluas 528 liter, yang boleh dibesarkan sehingga 2,065 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

Sekali lagi, tiada imej dalaman dikongsikan buat masa ini, namun semua varian e.MAS 7 PHEV dikatakan  menerima susunan dwi-skrin yang sama, iaitu  kluster instrumen LCD 10.2 inci dan skrin infotainmen 15.4 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, serta peta pengecasan langsung bersepadu Proton e.MAS.

Seperti dijangka, varian Prime menerima kelengkapan dalaman paling asas, termasuk sistem audio enam pembesar suara, tempat duduk larasan manual berbalut kulit tiruan, dan pendingin hawa manual.

Varian Premium dan Premium+ pula dilengkapi tempat duduk hadapan berkuasa dengan pengudaraan, paparan head-up (HUD), pencahayaan ambien 256 warna, sistem audio Flyme Sound 16 pembesar suara, penutup but boleh tarik, pendingin hawa automatik dengan penapis kabin N95, pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.

image.png

Perbezaan  ciri keselamatan antara Prime dan dua varian tertinggi turut ketara, di mana Prime dilengkapi enam beg udara, sensor parkir belakang, kamera undur sahaja, serta fungsi ADAS Tahap 2 asas seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak (LVDA) dan Pengecaman Tanda Trafik (TSR)

.image.png

Dua varian tertinggi pula menerima ciri keselamatan tambahan seperti lapan beg udara, sistem kamera 360 darjah, sensor parkir hadapan dan belakang, serta fungsi ADAS lanjutan seperti Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Silang Belakang (RCTA), Brek Trafik Silang Belakang (RCTB), Amaran Pertukaran Lorong (LCW), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Buka Pintu (DOW).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Proton e.MAS 7 Masuk Mauritius, Negara Ke-4 Terima Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 Masuk Mauritius, Negara Ke-4 Terima Proton e.MAS 7

Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) melancarkan secara rasmi PROTON e.MAS 7 di Mauritius, semalam.

24-10-2025
EV
Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV
Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan,  4,959 Unit Terjual

Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan, 4,959 Unit Terjual

Proton e.MAS 7 merupakan model EV Nombor 1 di Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut, memandangkan dalam hanya tujuh bulan sebanyak 4,959 unit Proton e.MAS 7 terjuaL.

15-08-2025
EV
Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya

Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya

Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.

08-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Kereta Baru
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.